Hiburan

Jaafar Onn masih menjadi buruan wanita berstatus janda

WALAUPUN usianya sudah mencecah angka 70 tahun, pelakon, pengacara dan cef, Jaafar Onn memberitahu yang dia masih menjadi buruan janda.

Menurut Jaafar, ramai wanita yang bergelar janda masih cuba merapatkan diri dengannya walaupun dia menolak.

“Saya ada buat kelas memasak di studio saya dan memang golongan wanita terutamanya yang bergelar ‘janda’ ini yang akan datang.

“Kadang-kadang mereka bukan nak tengok saya memasak sangat pun. Mereka cuma datang dan nak ajak saya supaya berkahwin,” katanya ketika ditemui selepas sidang media program Karyawan di Tropicana Gardens Mall, baru-baru ini.

Jelas Jaafar lagi, dia enggan berfikir lanjut berkenaan dengan perkahwinan apatah lagi pada usia yang sudah semakin lanjut.

Dalam pada itu, mengulas mengenai wataknya sebagai Abang Jay dalam filem 18 Puasa, Jaafar memberitahu yang dirinya telah dikenali semula.

“Memang ramai yang dah mula kenal saya terutamanya melibatkan golongan kanak-kanak yang memang tak pernah kenal siapa Jaafar Onn.

“Kalau saya keluar memang ada yang akan panggil saya dengan gelaran Abang Jay terutamanya kanak-kanak,” katanya.

Ditanya mengenai wataknya yang dikatakan tidak sesuai untuk dijadikan tontonan, Jaafar berkata penonton sepatutnya menjadikan apa yang dipaparkan itu sebagai pengajaran.

“Kita cuma memberi gambaran sahaja supaya penonton jadikan pengajaran.

“Lagipun ada seorang ustaz menghubungi saya dan beritahu yang watak saya serta jalan cerita itu harus dipuji kerana memberi pedoman kepada masyarakat,” katanya. -SM

(Visited 580 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button