NasionalParlimen

Ahli Parlimen Jelutong-Pasir Salak bertikam lidah

KECOH lagi dalam Dewan Rakyat hari ini. Sejak Isnin Dewan Rakyat bersidang, mesti berlaku kekecohan dan jerit menjerit didalam dewan.

Sekarang berlaku kekecohan apabila Ahli Parlimen Jelutong, SN Rayer bangun berdiri dan menghentam Speaker Tan Sri Azhar Azizan Harun.

“Ini floor Pengerang. Saya nak stopkan,” kata Speaker apabila Jelutong bangun dan bikin kecoh dengan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Jelutong menghentam Speaker apabila Jelutong mengatakan dia tidak hadir semalam ke Dewan Rakyat dan Speaker tidak terlepas pandang ketidak hadiran Jelutong.

Jelutong menjerit mengatakan nak tunjuk kuasa.

“Perangai macam ni kenapa tak hantar keluar (merujuk kepada Ahli Parlimen Pasir Salak).

“Kelmarin, Kota Belud dihantar keluar dewan,” bentak Jelutong.

Pasir Salak seterusnya mengeluarkan-kata “podah!” terhadap Ahli Parlimen Jelutong.

Tindakan Pasir Salak ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati oleh Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.

Batu Kawan bingkas bangun dan suasana dalam dewan agak bising seketika.

“Kenapa benarkan istilah podah dan shut up,” soal Batu Kawan kepada Speaker.

Speaker dengan tenang dan pantas meminta Ahli Parlimen Jelutong dan Pasir Salak duduk.

Pada ketika itu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said membawa usul gangguan seksual.

“Yang Berhormat duduk kecuali Pengerang,” kata Speaker.

Pasir Salak mengeluarkan kata-kata, ada segelintir wanita DAP berkelakuan tidak senonoh dan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pembangkang.

Speaker memberi amaran pertama atau first warning kepada Pasir Salak dan kalangan Ahli Parlimen pembangkang terus mencabar dan mencurah petrol kepada Tajuddin Abdul Rahman. – SM

(Visited 511 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button