fbpx
Jenayah

Ahli Parlimen DAP saman Musa Hassan

AHLI Parlimen DAP Hannah Yeoh menyaman bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan kerana didakwa memfitnah dalam ucapannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 30 Januari.

Menurut salinan pernyataan tuntutan saman yang dilihat Malaysiakini, Hannah mendakwa ucapan tersebut mengandungi kenyataan fitnah yang “sama sekali tidak benar; merendahkan, menyusahkan, palsu, salah dan tanpa asas.”

Frma undang-undang Tetuan Sreenevasan, yang menjadi peguam kepada  ahli Parlimen Segambut itu telah memfailkan writ saman di pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.

Musa didakwa berbuat demikian ketika bercakap dalam forum bertajuk “Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?” yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam ucapannya, Musa didakwa antara lain telah mencadangkan DAP telah menerbitkan sebuah buku mengenai peranan orang Melayu di sebalik peristiwa rusuhan 13 Mei..


Melalui tindakan undang-undang tersebut, Hannah menutut “ganti rugi umum, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan.”

Beliau juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah injuksi untuk menghalang Musa, sama ada dirinya sendiri, pegawainya atau ejennya daripada “menyebutkan, menerbitkan, menyebabkan untuk disebutkan dan/ atau menyebabkan untuk diterbitkan,” perkataan yang didakwa bersifat memfitnah itu.

Hannah juga memohon kos dan relief “yang dianggap sesuai oleh mahkamah.”-SM

Show More

Related Articles

Back to top button