Politik

Ahli parlimen DAP harus minta maaf pada PM, rakyat – Mohamad

AHLI Parlimen DAP yang bersikap biadab kerana tidak menghormati saat bertafakur dan membaca surah al-Fatihah kepada mangsa Covid-19 dalam Dewan Rakyat digesa untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan rakyat Malaysia.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ahli Parlimen DAP yang dirakam menjerit dan mengganggu ketika saat bertafakur dan membaca al-Fatihah yang dianjurkan oleh  Muhyiddin merupakan perbuatan tercela dan jelik.

“Umat Islam dan rakyat Malaysia sangat tersinggung dengan tindakan biadab beberapa Ahli Parlimen DAP yang tidak menghormati saat bertafakur yang dianjurkan oleh Perdana Menteri semasa persidangan Parlimen dua hari lepas.

“Ketika Perdana Menteri membaca surah Al Fatihah dan menyatakan rasa dukanya terhadap kehilangan begitu banyak nyawa akibat pandemik ini, pemimpin DAP dan rakan-rakannya terus berteriakan dan menggangu Perdana Menteri.

“Tiada sedikitpun rasa hormat dan sopan kepada seruan bertafakur dan berdoa. Apa lagi terhadap seorang Perdana Menteri,” kata Mohamad.

Beliau menegaskan sikap yang ditunjukkan oleh ahli parlimen DAP tersebut bercanggah dengan peribadi masyarakat Malaysia yang teguh dengan nilai dan moral.

Mohamad berkata, Parlimen tidak sepatutnya menjadi tempat perbuatan biadab terhadap agama dan bangsa.

“DAP harus meminta maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan seluruh umat Islam serta rakyat Malaysia atas tindakan tidak sopan mereka itu.

“Parlimen Malaysia tidak boleh menjadi tempat agama dan nilai terbaik bangsa menjadi sendaan dan perbuatan biadab,” kata Mohamad.

Isnin lalu rakyat Malaysia terkejut dengan tindakan segelintir ahli parlimen DAP yang memekik dan menjerit ketika Muhyiddin dan ahli parlimen lain bertafakur dan membaca al-Fatihan kepada mangsa Covid-19 sebagai pembuka Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, ahli-ahli parlimen DAP bangun dan terus menjerit-jerit tanpa menghiraukan Muhyiddin dan ahli parlimen lain yang sedang membacakan surah Al-Fatihah.

“Point of order, point of order,” kata mereka untuk menghalang Muhyiddin meneruskan ucapan.-SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button