Nasional

Kalau berani buat undi tidak percaya – Sulaiman Md. Ali

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali ingin melihat jika benar ada ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang akan membuat undi tidak percaya terhadapnya menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 25 Julai ini.

“Saya nak lihat (undi tidak percaya) berlaku atau tidak kalau ada undilah, apa ada hal,” itulah reaksi ringkas Sulaiman menjawab soalan wartawan berhubung spekulasi tersebut disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu menegaskan, berita berhubung undi tidak percaya itu hanyalah spekulasi dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak senang melihat Melaka dalam keadaan aman dan tenteram.

Malah beliau turut mencabar mana-mana ahli politik dalam Melaka yang berjaya membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya untuk berbuat demikian pada sidang (DUN) nanti.

“Spekulasi tu sudah lah. Pada saya tiada apa-apa. Kalau ada undi (tidak percaya), apa nak takut.

“Benda ini tidak ada. Tidak tahu dari mana datang. Mungkin ada orang tidak suka lihat kita dalam keadaan aman dan tenteram,” katanya dalam sidang akhbar selepas Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri di Bandar Hilir, Melaka hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa dan dipetik sebuah portal menyebut, Sulaiman mungkin berdepan undi tidak percaya dalam sidang DUN akan datang.

Dakwa portal itu, menurut sumber Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berhasrat mengambil alih jawatan itu daripada Sulaiman.

Bagaimanapun, Ab. Rauf dalam satu kenyataan kemudiannya menafikan laporan berkenaan dengan mengatakan ia berniat jahat serta bertujuan mengganggu-gugat kestabilan politik di negeri ini. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button