Politik

Ahli Parlimen DAP Cheras mohon maaf kepada Annuar Musa, maaf diterima!

Tan Kok Wai mendakwa, Annuar jual 42 lot tanah milik DBKL

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula politikus di Malaysia yang mengamalkan sikap ‘tidak apalah,’ boleh minta maaf, maaf diterima.

Itulah senario di antara Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa dengan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang entah nak kata ada sikap terpuji atau sememangnya mengadaptasi budaya tidak mengapa, boleh minta maaf.

Anuar dikatakan menerima permohonan maaf Kok Wai, salah seorang pemimpin DAP yang mendakwa, Anuar Musa menjual 42 aset milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sejak lapan bulan lalu.

Satu dakwaan yang sebenarnya mencalarkan imej dan reputasi Anuar sebagai seorang ahli politik yang sudah lama berkecimpung sebagai pemimpin dan ahli politik.

Menurut Anuar yang mudah berlapang dada, Ahli Parlimen Cheras itu memohon maaf selepas menyedari maklumat yang diterima oleh Kok Wai adalah palsu.

Kata Anuar memanglah logik iaitu ini bukan isu peribadi dan permohonan maaf Kok Wai itu telah diterimanya.

Anuar berkata begitu ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat, peruntukan untuk kementerian yang diterajuinya di peringkat jawatankuasa.

Untuk rekod, pada 7 Disember lalu, Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter berkata, beliau menerima kunjungan mengejut daripada Tan Kok Wai yang juga adalah Pengerusi DAP, di pejabatnya di Parlimen.

Kata Anuar, Kok Wai telah menyerahkan sepucuk surat permohonan maaf selain  menarik balik kenyataan yang dibuat keluarkan oleh Kok Wai terhadap Annuar pada 18 November lalu.

Kok Wai pula dalam sidang media di Parlimen pada 18 November lalu dengan yakinnya telah mengeluarkan kenyataan, mendakwa 42 lot tanah milik DBKL sudah dijual selepas Annuar Musa menjadi Menteri.

Kok Wai juga menuntut supaya Anuar Musa yang juga adalah Ahli Parlimen Ketereh , memberi penjelasan tentang transaksi terbabit dalam penjualan aset 42 lot tanah kepunyaan DBKL.

Sebelum itu, di Dewan Rakyat juga, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok dengan lantangnya menyuarakan kebimbangan berhubung penjualan sebidang tanah di persimpangan Jalan Klang Lama dan Jalan Kuchai Lama.

Kata Teresa Kok, tanah itu diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 2002 untuk tujuan memperluaskan lagi persimpangan di situ (Persimpangan Jalan Klang Lama – Jalan Kuchai Lama) dan membina sebuah jejantas pejalan kaki.

Teresa Kok mendakwa, ia tidak berlaku.

Bahkan, katanya, ruang itu kemudiannya disewakan kepada penjaja dan tanah itu, dakwa Teresa, kemudiannya dipindahkan kepada DBKL.

Beliau turut memberitahu Dewan Rakyat, tanah itu kemudiannya dijual kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Kunchi Muhibbah yang didakwa di bawah Aset Kayamas.

Teresa Kok juga mendakwa di Dewan Rakyat, seorang eksekutif Aset Kayamas kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Penjualan tanah itu dihentikan oleh Pakatan Harapan tetapi diteruskan di bawah Perikatan Nasional. Persoalannya, apakah jika berlaku penjualan, penjualan itu diluluskan oleh Kabinet Perikatan Nasional (PN),” soal Teresa.

Beliau juga ingin tahu, kenapakah tanah itu dijual pada separuh harga daripada nilai sebenar RM161 sekaki persegi?

Jawab Annuar Musa, tiada penjualan tanah sejak beliau mengambil alih portfolio itu pada Mac lalu dan siasatan awal mendapati, jualan itu dilakukan ketika Pakatan Harapan (PH )berkuasa.

Teresa Kok bertegas dengan mengatakan bahawa perjanjian jual beli ditandatangani pada Jun 2020 manakala Annuar Musa berkata, perkara itu,  beliau akan menelitinya kerana beliau tidak bersetuju dengan sebarang penjualan tanah.

Soalan yang memerlukan penjelasan daripada Anuar disusuli dengan Yang Berhormat Shah Alam, Khalid Samad (PH-Shah Alam meminta Annuar mengulangi dakwaannya di luar Dewan Rakyat. – SM

(Visited 481 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button