MahkamahNasional

Selepas 5 tahun: Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan

SEGALA-GALANYA bermula November 2019 yang mana Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dihadapkan ke mahkamah atas 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, pengubahan wang haram  yang membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Sejak November 2019, prosiding kes perbicaraan Zahid dibuat di hadapan Hakim Collins Lawrence Sequerah bertempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sepanjang kes perbicaraan Zahid, saban pagi, wartawan yang membuat liputan termasuk wartawan SUARA MERDEKA bukan berkampung di mahkamah tetapi subuh-subuh sapie lagi, sudah hadir untuk memastikan wartawan yang bertugas, mendapat pas untuk masuk ke dalam court room.

Membuat liputan Mahkamah memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan disulami dengan pemahaman apa yang sedang berlaku.

Dalam kes Zahid, kira-kira 99 orang saksi dipanggil untuk memberi keterangan dan rasanya inilah kes yang paling ramai ditampilkan saksi.

Hari ini, selepas lima tahun prosiding berjalan, mahkamah memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan Zahid. Tahniah Datuk Seri Ahmad Zahid dan barisan peguam yang mewakili beliau sepanjang prosiding kes perbicaraan.

Dan hari ini juga, wartawan SUARA MERDEKA diremove dari grup WhatsApp SAVE BB selepas keputusan memihak kepada Zahid.

Semestinyalah Zahid melahirkan rasa syukur setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan beliau dilepas tanpa dibebaskan bagi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Presiden UMNO itu berkata seperti mana dilaporkan SINAR HARIAN, pengumuman mahkamah itu sebagai satu perkhabaran gembira bukan sahaja buat dirinya malah kepada seluruh ahli keluarga termasuk isteri tercinta.

Catatan ‘terakhir’ DSDr Ahmad Zahid Hamidi dalam WhatsApp, “ Jazakallah kepada semua rakan-rakan yang mendoakan dan memberi sokongan selama 5 tahun ketika saya tersimbah dengan keaiban dan kini telah dinoktahkan.”

Kata Zahid, “Saya dan semua ahli keluarga termasuk menantu, cucu dan isteri berasa bersyukur kepada ALLAH kerana hari ini mahkamah telah buat keputusan bahawa 47 kes yang telah dituduh kepada saya telah digugurkan.

“Perkara kedua melibatkan pengemukaan representasi yang masih belum dimuktamadkan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berhubung pengguguran kes tersebut, Ahmad Zahid berkata, beliau menzahirkan terima kasih kepada barisan peguam yang telah bekerja keras.

“Perkara kedua melibatkan pengemukaan representasi yang masih belum dimuktamadkan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Berhubung pengguguran kes tersebut, Zahid berkata, beliau menzahirkan terima kasih kepada barisan peguam yang telah bekerja keras.

Katanya, kesemua peguam telah menjalankan tugas dengan penuh profesional dan bertanggungjawab.

“Saya sangat terhutang budi dengan pelaksanaan tugas yang dilakukan oleh seluruh barisan peguam,” katanya. – SM

BACA RM17.9 juta dipindahkan ke firma guaman dari Yayasan Akal Budi

BACA Mahkamah terima pernyataan bertulis Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button