Hiburan

Mimi Lana kena tegur sebab tengok suami orang

HANYA kerana melakonkan watak seorang wanita yang cuba merampas suami orang, pelakon, Mimi Lana telah ditegur ketika dia sedang makan di sebuah kedai makan.

Malah, Mimi ditegur kerana didakwa melihat suami wanita tersebut.

Berkongsi pengalaman tersebut, jelas Mimi, dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak membalas teguran yang diberikan oleh wanita tersebut.

“Tadi pergi makan dekat kedai mamak, ada seorang mak cik ini dengan suami dia duduk selang semeja dengan saya. Bila dia senyum, saya senyum balik dekat dia.

“Waktu mak cik itu nak balik, dia datang dekat dan beritahu jangan senyum senyum tengok suami dia.

“Cukup-cukup la tengok laki Mona Itu. Saya pun tak tahu nak bagi reaksi apa pada dia tadi,” kongsinya di laman sosial Instagram miliknya.

Untuk pengetahuan, Mimi sedang berlakon dalam drama Hati Yang Tersakiti dan memainkan watak sebagai perampas suami orang

Drama itu juga kini mendapat sambutan yang baik daripada peminat drama tempatan dengan jumlah tontonan yang tinggi. -SM

(Visited 825 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button