KemalanganNasional

Wanita pandu Myvi rempuh Honda Accord disah positif dadah

Semalam tular di media sosial, mengenai video kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Honda Accord dengan Perodua Myvi yang menyebabkan pemandu Honda Accord meninggal dunia di tempat kejadian. Kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.
Dalam video Myvi dipandu secara laju dan melulu merempuh sisi Honda Accord yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, pemandu wanita yang berusia 23 tahun itu positif dadah menerusi ujian saringan yang dilakukan dan pemandu itu juga akan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kemalangan tersebut berlaku kira-kira 9 pagi apabila pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.
Pemandu Proton Iswara yang berusia 78 tahun hanya mengalami kecederaan manakala pemandu Honda Accord meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu Honda Accord tersepit di bahagian pemandu ketika kejadian dan pihak Bomba memerlukan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa sebelum dibawa ke hospital.
(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button