BanjirNasional

Ahli Parlimen Bangi guna kayak solo bantu mangsa banjir

INILAH semangat Keluarga Malaysia sepertimana yang diingini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dalam rakyat ditimpa musibah banjir, atas semangat Keluarga Malaysia, bangkit menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di tempat atau kawasan perumahan masing-masing.

Sememangnya beruntung penduduk di Taman Sri Muda kerana mendapat seorang Ahli Parlimen yang sanggup menggunakan kayak solo untuk membantu mangsa banjir.

YB ONG KIAN MING berkayak solo dalam misi beliau menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir. – GAMBAR FACEBOOK YB ONG

Netizen berkongsi di media sosial, mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang terperangkap dan meminta bantuan daripada pihak berkenaan.

Walaupun pelbagai aset pasukan keselamatan dan agensi-agensi lain digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir namun masih ramai yang belum menerima bantuan.

Maka itulah, majoriti penduduk di Taman Sri Muda yang terkandas di atas bumbung rumah selama lebih 24 jam tanpa makanan dan bekalan elektik masih menunggu bantuan untuk dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Duduk di atas bumbung semestinya sejuk dan kasihan pada anak-anak kecil, golongan wanita dan warga emas.

Sebagai seoranbg Ahli Parlimen, Dr. Ong Kian Ming melakukan kayak solo bukan untuk meraih perhatian media atau menjadi tumpuan tetapi sebagai wakil rakyat, apa yang dilakukan oleh beliau iaitu giat membantu mangsa banjir dengan bergegas ke kawasan perumahan berkenaan semalam adalah wajar.

Beliau membantu mangsa yang rumahnya ditenggelami air sehingga ke paras lapan kaki dengan menggunakan kayak.

“Saya seorang pendayung kayak yang berpengalaman iaitu selama 20 tahun. Saya berkayak di sepanjang Sungai Klang, Gombak dan Hulu Langat sejak enam tahun lalu.

“Dan saya dapat bawa kayak secara solo ke Taman Sri Muda,” tulis beliau di hantaran akaun Facebooknya hari ini.

Dengan 15 perjalanan selama lebih empat jam, beliau berjaya menyelamatkan 40 orang mangsa terdiri daripada warga emas, OKU dan kanak-kanak manakala 20 mangsa lagi diselamatkan oleh rakan pasukan menyelamat DAP Bangi.

Mengakui misi yang dilakukannya itu sangat memenat tAMAN kan kerana hanya beliau seorang sahaya yang berkayak.

“Ketika saya beredar dari kawasan banjir pada kira-kira pukul 4.30 petang, pasukan saya sudah pun keletihan. Saya juga perlukan rehat,” katanya secara berterus terang.

Kata Kian Ming lagi, dua daripada tiga kayak yang digunakan dalam misi menyelamat itu mengalami kerosakan teruk kerana terpaksa menempuh objek tajam ketika meredah lautan banjir di kawasan perumahan itu.

“Kerja perlu diteruskan. Lebih ramai mangsa perlu dipindahkan dari Taman Sri Muda pagi ini. Apabila air banjir semakin surut, semoga ini dapat memudahkan mereka yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat,” katanya.

Misi bantuan menyelamat oleh Kian Ming itu adalah yang kedua selepas misi pertama di kawasan Cheras Batu 11 yang turut ditenggelami air setinggi rumah setingkat. – SM

 

(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button