Rencah Hidup

Teresa padam perkataan ‘Melayu’ selepas dikritik

AHLI Parlimen Seputeh Teresa Kok memadam perkataan ‘Melayu’ pada hantaran di Facebooknya yang menceritakan perihal seorang wanita Melayu yang datang meminta bantuan kepada beliau selepas dihimpit kesesakan hidup.

Dalam hantaran asal pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen DAP itu menyatakan seorang wanita Melayu datang ke pusat perkhidmatannya untuk memohon bantuan makanan untuk dirinya dan lima orang anak di rumah.

Wanita tersebut tinggal di Sri Manja di Petaling Jaya, Selangor dan datang ke pusat perkhidmatannya menaiki motor.

Beliau merupakan bekas petugas kabin di Malaysia AIrlines dan telah kehilangan pekerjaan sejak enam tahun lalu. Sejak itu beliau sukar untuk mencari sebarang pekerjaan.

“Hari ini seorang wanita Melayu bernama Siti Noor Madzariah datang ke pusat perkhidmatan saya memohon bantuan makanan, Dia kelihatan sangat terdesak dan lapar,” tulis Teresa.

Bagaimana Teresa mendapat kritikan kerana mengaitkan bantuan itu dengan kaum tertentu dan kemudiannya memadam perkataan Melayu.

Dalam hantaran itu, Teresa berkata, wanita tersebut menangis selepas diberikan bantuan makanan dan wang tunai berjumlah RM300.

Dia turut terkejut wanita itu bukan sahaja menangis tetapi juga tunduk ke bawah untuk menyentuh kakinya sambil banyak kali mengucapkan terima kasih.

“Saya terkejut dengan reaksi balasnya. Saya beritahu dia bahawa saya akan menolong beliau untuk mencari pekerjaan. Dia sangat gembira. Dia memberitahu bahawa dia boleh membuat sebarang pekerjaan termasuk sebagai tukang cuci atau pembantu restoran.

“Dia malah bertanya sekiranya dia boleh mula bekerja esok. Aiduh. Saya sangat sedih melihat wanita ini kelaparan, ” kata Teresa.

Teresa berkata, dia telah meminta kebenaran daripada Siti Noor Madzariah untuk meletakkan gambar beliau pada hantara tersebut dan rayuannya untuk mendapatkan pekerjaan.

Selain wanita itu beberapa petugas memberitahu beberapa orang yang dalam kesulitan turut datang memohon bantuan makanan dan wang di pusat perkhidmatan itu.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Siti Noor Madzariah dan membantu beliau untuk mendapatkan pekerjaan boleh menghubungi pusat perkhidmatan Teresa di 03-79836768.-SM

(Visited 765 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button