HiburanNasional

Perginya Allahyarham Mamat Khalid, Peminat Seni Tanah Air Kehilangan ‘P. Ramlee Kedua’!

Allahyarham Mamat Khalid antara pengarah yang unik dan mampu menghasilkan karya-karya yang bersifat malar segar dan boleh ditonton berulang kali tanpa rasa jemu.

Sehinggakan ada yang meramal walaupun 30 tahun akan datang sekali pun, karya Allahyarham masih boleh diterima oleh generasi muda pada zaman itu pula.

Dalam erti kata lain, Allahyarham disifatkan sebagai ‘P. Ramlee Kedua’ kerana penghasilan karya yang begitu dekat dan masyakarat sejak awal pembabitannya.

Tambahan pula, Allahyarham juga gemar bereksperimentasi dengan kaedah-kaedah lain sehingga peminat seni boleh kenal bahawa itu adalah karya Mamat Khalid.

Menariknya lagi tentang Allahyarham, beliau tidak pernah meninggalkan elemen Melayu dan ia cukup kuat dari segi jati diri dan rupa bangsanya.

Namun demikian, Allahyarham sudah pun berbakti kepada masyarakat dengan cara seni, semoga ada berkat dalam ilham yang Allah kurniakan kepada Allahyarham.

 

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button