Nasional

Ahli Geng Ah Boon aktif jenayah samun ditangkap

Geng Ah Boon yang terlibat dengan kes samun warga asing ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan malam semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 10 malam di sebuah rumah di Kampung Baru Dengkil, Selangor.

“Tiga lelaki berusia lingkungan 27 hingga 43 tahun yang disyaki ahli kumpulan tersebut telah ditahan.

“Suspek dipercayai terbabit dengan satu kes samun di tapak pembinaan berhampiran LRT Bandar Puteri, Puchong membabitkan mangsa seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja di tapak binaan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Razali, pihaknya turut merampas lima pisau, sebilah parang, lima telefon bimbit, pakaian semasa melakukan jenayah samun dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi

Jelasnya, hasil soal siasatan mendapati semua suspek mengaku mengaku terlibat dengan jenayah tersebut.

Ujarnya, semakan jenayah lampau juga mendapat kesemua mereka terlibat dengan kes pecah rumah dan dadah.

Tambahnya, kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 24 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button