fbpx
Politik

Ahli Amanah terus dokong slogan Rahmatan Lil Alamin

SLOGAN Rahmatan Lil Alamin akan terus menjadi pegangan parti AMANAH. Slogan itu juga akan terus didokong oleh ahli parti itu.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan Rushdan Mustafa berkata, ahli parti itu akan berfikir, mengatur, dan menggerakkan mengikut acuan Amanah.

“Masa depan parti kita menjadi tanggungjawab kita. Kitalah yang akan berfikir, mengatur, dan menggerakkan mengikut acuan kita. Slogan Rahmatan Lil’alamin adalah pegangan parti Amanah yang kita dokong bersama.

“Pimpinan atasan Amanah kita sedang melakukan yang terbaik. Perbincangan dan perundingan masih berlangsung dalam suasana mesra penuh hikmah dan jauh ke hadapan,” kata Rushdan.

Dalam artikel yang disiarkan di Gemilang Daily, Rushdan juga berkata, tempoh masa untuk PH PLUS untuk memuktamadkan hasil perbincangan berkaitan kedudukan dua tokoh dalam pakatan tersebut telah melebarkan perdebatan di kalangan ahli-ahli PH Plus.


Menurutnya dalam tempoh tersebut, wujud prasangka berlebihan sehingga tercetusnya serangan di kalangan ahli parti terbabit.

“Dan yang paling ketara bila wujudnya serangan di kalangan ahli parti yang sama akibat kecenderungan berlebihan kepada dua tokoh yang sedang cuba diputuskan sebelum Selasa ini.

“Saya menghormati pandangan di kalangan kita yang ada kecenderungan masing-masing dengan hujah masing-masing. Dlam masa yang sama saya tidak boleh sama sekali mempersetujui sebarang bentuk cercaan dan kata nista sesama ahli yang boleh menjadi barah kepada parti,” tegas beliau.

Rushdan yang juga Ketua Amanah Kawasan Pasir Mas meminta semua ahli agar menerima apa sahaja keputusan yang dipersetujui oleh pucuk pimpinan Amanah bersama PH Plus.

Katanya, keputusan itu perlu diterima tanpa sebarang pertikaian sama ada ianya memihak kepada pilihan masing-masiang ataupun tidak.-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button