Hiburan

Ahh.. sedapnya, Zul Ariffin ‘digomol romantis’ 13 wanita dalam Pencuri Hati!

MENJADI seorang jejaka kacak yang dikelilingi wanita cantik, seksi serta penuh dengan emosi romantis adalah sesuatu yang sangat dicemburi oleh lelaki-lelaki single.

Ada yang beranggapan ia mungkin satu fantasi namun percaya atau tidak program realiti bachelor pertama di Malaysia, Pencuri Hati adalah pemecah mimpi tersebut.

Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia berpeluang untuk melayan nikmat dunia yang sementara dengan menyaksikan aktor popular, Zul Ariffin ‘digomol emosi’ 13 wanita bujang dalam program tersebut.

Cabaran diri sendiri buat Zul Ariffin

Setelah 14 tahun berada dalam industri seni tanah air, pelakon Zul Ariffin mengakui bahawa menyertai program realiti bachelor pertama di Malaysia, Pencuri Hati merupakan satu cabaran untuk diri sendiri.

Zul Ariffin turut mengakui, mengenali 13 wanita yang tidak di kenali sekali gus sememangnya membuat dia berasa gemuruh.


Dalam pada masa yang sama, pelakon terbabit turut berharap agar orang ramai tidak meletakkan pandangan negatif terlalu cepat tentang program tersebut kerana konsepnya berbeza dengan program di negara luar.

Tambahannya lagi, program ini juga menampilkan sisinya yang tidak pernah serta jarang di pertontonkan kepada umum sebelum ini.

Sudah ramal awal Pencuri Hati bikin panas

Anggapan Zul mengenai program ini bakal menjadi ‘panas’ menjadi kenyataan, kebanyakkan netizen meluahkan rasa kurang senang apabila mengetahui pelakon terbabit menyertai program seperti ini.

Netizen merasakan program Pencuri Hati itu satu perkara yang tidak bermanfaat dan peserta-peserta perempuan yang menyertainya juga tidak sesuai untuk di jadikan sebagai teman hidup buat Zul. – SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button