Politik

LAWATAN KERJA ‘SG4’ TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KE TERENGGANU DARI PAGI HINGGA PETANG

Hari ini merupakan lawatan kerja ‘SG4’ Tun Dr Mahathir Mohamad ke negeri Terengganu bermula dari 10:30 pagi.

Sesi pertemuan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YAB Menteri Besar Terengganu serta kepimpinan negeri berjalan lancar di Pejabat YAB Menteri Besar.

Pertemuan di Pejabat Menteri Besar turut dihadiri oleh YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli-Ahli EXCO iaitu YB Dr Azman Ibrahim, YB Hj Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman serta Pengarah UPEN Dato Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah bermesyuarat secara tertutup selama hampir sejam setengah dengan YAB Menteri Besar serta kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu mengenai perancangan pembangunan ekonomi negeri tersebut berserta ‘SG4.’

Pertemuan yang berjalan dalam suasana cukup positif turut memberi penerangan serta pencerahan mengenai kedudukan masakini pelaburan di negeri Terengganu dan negeri-negeri ‘SG4’ yang lain.

Dalam sesi mesyuarat tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan mengenai penubuhan struktur rasmi ‘SG4’ bagi memulakan agenda pelaburan di empat negeri-negeri tersebut secara pantas.

Kepimpinan ‘SG4’ mestilah berteraskan pada ‘business friendly state government’ bagi menarik lebih banyak ‘FDI’ ke negeri-negeri tersebut.

Keempat-empat negeri-negeri ini mestilah digabungkan sebagai satu badan untuk melaksanakan agenda pelaburan yang menguntungkan semua pihak.

Beberapa pelaburan telah dikenalasti untuk ‘SG4’ memulakan perancangan pelaburan secara kolektif bagi memunafaatkan empat negeri-negeri di bawah gabungan ‘SG4.’

Rombongan Tun Dr Mahathir Mohamad berlepas ke kediaman YB Tuan Guru Tan Sri Hj Hadi Awang di Rusila, Marang untuk jamuan makan tengahari pada jam 12 tengahari tadi.

Mantan Perdana Menteri tersebut juga sempat menunaikan solat Zuhur di Masjid YB Tuan Guru Tan Sri Hj Hadi Awang serta meluangkan masa selama hampir sejam bersama YB Tuan Guru Tan Sri Hj Hadi Awang sebelum itu membincangkan pelbagai isu-isu negara masakini.

Dalam perjalanan pulang ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu Tun
Dr Mahathir Mohamad sempat buat lawatan ke kilang dua usahawan makanan tempatan Adeqsue dan Muslim Food di Kuala Terengganu bagi memberi sokongan moral ke arah mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Lawatan kerja ke Terengganu berakhir jam 3:30 petang di mana Tun Dr Mahathir Mohamad singgah di Kedai Celup Tepung Pok Nong Batu Rakit untuk minum petang seterusnya berangkat ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Pengerusi
Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu
2 November 2023

(Visited 563 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button