Nasional

Agrico Qatar berhasrat melabur dalam sektor pertanian Malaysia

AHMAD Hussen Al-Khalaf, Pengerusi dan Pengasas Agrico for Agricultural Development Company (Agrico Qatar) telah membuat kunjungan hormat bersama YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian pada 30 Januari 2023 di Putrajaya.

Agrico Qatar berhasrat untuk melabur dalam sektor pertanian bagi pembangunan buah-buahan berkualiti premium dan fasiliti pengeluaran sayur-sayuran di Malaysia.

Agrico Qatar merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan organik serta akuakultur dan pengurusan sisa organik.

Pertemuan mereka bertujuan untuk memberi cadangan kerjasama antara Agrico Qatar dalam sektor pertanian serta melabur dan menjalinkan kerjasama dalam sektor pertanian dengan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah wakil Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri dan wakil Kedutaan Qatar di Malaysia serta pegawai-pegawai kanan MAFS. -SM

 

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button