Jenayahpilihan

Enam sahabat ditahan disyaki tetak, tikam Darvnrajh hingga maut

Enam lelaki ditahan polis disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki R. Darvnrajh, 24, yang mayatnya ditemui di kawasan semak berhampiran kebun kelapa sawit, Ladang Gadek, Kemuning, Alor Gajah di sini, Sabtu lalu.

Mayatnya lelaki itu orang ramai dalam keadaan berulat dan hampir reput dengan 18 kesan tikaman.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, keenam-enam lelaki yang ditahan di sekitar daerah Tampin, Negeri Sembilan berusia antara 18 hingga 26 tahun.

Menurutnya, mereka ditahan menerusi Ops Kejam oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

“Hasil siasatan awal punca kejadian akibat dendam sewaktu sambutan Depavali tahun lepas menjadi punca mangsa dibunuh dengan kejam.

“Suspek marah selepas ditahan polis apabila keluarga mangsa membuat laporan polis ketika suspek bermain mercun dan membuat bising di taman perumahan mangsa.

“Kejadian itu berlaku sewaktu perayaan Deepavali pada 24 Oktober tahun lalu apabila semua enam suspek merupakan kawan mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainol berkata, mangsa dipercayai dibunuh semua enam suspek kira-kira 5.30 pagi pada 10 September lalu selepas terserempak dengan Darvnrajh di Taman Mutiara, Tampin, Negeri Sembilan.

Katanya, terdahulu semua enam suspek keluar bersama dari rumah untuk minum arak di sebuah kedai di Taman Indah dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga milik ayah kepada seorang suspek.

“Sewaktu pulang, suspek yang sedang mabuk terserempak dengan mangsa di Taman Mutiara lalu mengajaknya untuk minum arak sebelum mangsa masuk ke dalam kereta.

“Sewaktu mangsa di dalam kereta dia telah dibelasah dan dipukul dengan tangan dan membawanya ke kawasan Kemuning, Alor Gajah,” katanya.

Jelasnya, ketika sampai di Kemuning, mangsa telah dipaksa keluar dari kereta sebelum suspek mengambil parang panjang yang diletakkan di dalam bonet kereta dan terus bertindak menetak dan menikam mangsa hingga maut.

Beliau berkata, selepas menetak dan menikam mangsa, suspek menyimpan parang ke dalam bonet kereta sebelum meninggalkan Darvnrajh yang berlumuran darah di tempat kejadian. – SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button