Politik

Tiga soalan buat KP SPRM berkaitan perbualan telefon Najib dan Rosmah

SIDANG akhbar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya yang mendedaahkan rakaman telefon termasuk antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan banyak persoalan termasuk kepada pemerhati politik.

Antara yang dipersoalkan adakah boleh SPRM ‘mengintip’ perbualan siapa sahaja sehinggakan perbualan seorang perdana menteri juga tidak terlepas.

Seorang pemerhati politik, Isham Jalil dalam satu catatan di Facebooknya mempunyai tiga soalan yang ingin ditanya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut berkaitan rakaman audio antara Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

ISHAM JALIL

Saya ingin bertanya kepada Latheefa Koya tiga soalan:

Pertama, apakah motif beliau apabila menyebarkan rakaman perbualan telefon Najib dan Rosmah ini kini. Dalam perbualan telefon tersebut tidak ada satu pun elemen jenayah atau salah laku.

Yang ada cuma kenyataan Datuk Seri Najib bahawa beliau telah tandatangan surat perlantikan KP SPRM yang baru pada ketika itu iaitu Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Ini adalah fakta yang diketahui ramai, bukannya konspirasi rahsia.

Adakah Latheefa Koya sengaja ingin cuba mengaibkan Datuk Seri Najib dan Rosmah dengan nada perbincangan telefon mereka? Latheefa Koya dilihat tersenyum-senyum apabila rakaman tersebut mula dimainkan.

Kedua, saya dimaklumkan terdapat lagi lapan rakaman perbualan telefon yang baru didedahkan hari ini.

Mengapa baru hari ini rakaman-rakaman ini baru “diserahkan” dan didedahkan di kala perbicaraan kes 1MDB di mahkamah telah separuh jalan?

Besar kemungkinan rakaman-rakaman ini bukanlah bukti-bukti baru yang boleh diterima di mahkamah namun hanyalah satu lagi drama politik kerajaan untuk menutup kelemahan kes mereka terhadap Najib.

Ketiga, bagaimanakah Latheefa Koya dan SPRM mendapat rakaman telefon ini?

Adakah ianya mengikut undang-undang? Dan adakah mereka boleh “tap” perbualan telefon sesiapa sahaja yang mereka suka?

Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Kanun Prosidur Jenayah, mereka perlu ada waran untuk tap perbualan telefon.

Peruntukan waran ini tertakluk kepada kes-kes seperti keganasan atau terorisme, bukannya dalam siasatan kes jenayah kolar putih seperti 1MDB. Saya pasti SPRM tidak ada waran untuk tap perbualan telefon ini.

Sebab itu baru tadi SPRM kata mereka dapat rakaman ini secara “anonymous” atau mereka tidak tahu siapa yang buat rakaman ini atau siapa yang serahkan kepada mereka.

Saya ingin menggesa supaya pihak-pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi menyiasat perkara ini (siapa yang membuat dan menyerah rakaman ini) kerana ini melibatkan pencabulan hak asasi rakyat untuk pelindungan privasi termasuk perbualan peribadi dalam telefon.

Ini adalah perkara yang amat serius. Jika mereka boleh tap perbualan telefon Perdana Menteri dengan isterinya, adakah anda rasa perbualan telefon dan privasi rakyat biasa di Malaysia seperti anda selamat dari dicabul?

ISHAM JALIL

 

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button