Nasional

Agong sendiri akan jumpa satu persatu ahli parlimen

YANG di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah akan bertemu sendiri dengan kesemua 222 ahli Parlimen bermula jam 2.30 petang ini dan esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, YDPA akan memberi masa dua hingga tiga minit bagi setiap ahli parlimen untuk sesi temubual itu.

“Tiada seorang ahli Parlimen pun akan tercicir daripada sesi temubual secara individu dengan YDPA,” kata dalam taklimat media di Istana Negara hari ini.

Seramai 90 ahli Parlimen akan mula dipanggil mulai hari ini dan dijangka selesai sehingga jam 7 malam ini.

Agong memilih untuk mendengar sendiri dari mulut ahli parlimen terbabit selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbubar ekoran komponen parti tersebut Bersatu keluar dari pakatan itu dan diikuti oleh Datuk Seri Azmin Ali keluar dari PKR dan membentuk blok 11 ahli parlimen Bebas.

Berikutan itu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim bagi membolehkan beliau membentuk kerajaan baharu selepas Perdana Menteri itu meletakkan jawatan dan turut melepaskan jawatan Pengerusi Bersatu.

Berikutan itu juga terdapat ura-ura Dr. Mahathir akan membentuk kerajaan dengan bergabung dengan Muafakat Nasional bersama-sama Bersatu, Warisan, GPS dan serpihan DAP, PKR serta Amanah.

Dikatakan tindakan Dr. Mahathir itu adalah bagi membentuk kerajaan yang lebih kukuh dan dapat menguruskan negara dengan lebih baik khususnya dari segi ekonomi.

Pada masa yang sama Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama DAP turut mendakwa mempunyai sokongan majoriti wakil rakyat dan yakin dapat membentuk kerajaan baharu walaupun mereka masih berharap Dr. Mahathir berharap kembali menerajui Pakatan Harapan.

 

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button