Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Hari Guru

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara.

Dalam ucapan itu, Seri Paduka Baginda berdua turut memetik tema hari guru peringkat kebangsaan tahun ini iaitu ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’.

Tema itu menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seri Paduka Baginda berdua bertitah sedemikian melalui hantaran pada akaun Instagram dan Facebook Istana Negara.

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun dengan tema sambutan tahun ini Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. – BERNAMA

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button