fbpx
Nasional

Agong, Permaisuri ucap selamat Tahun Baru Cina

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan `Selamat Tahun Baru’ kepada rakyat Malaysia berketurunan Cina yang akan menyambutnya esok.

Ucapan pasangan diraja itu dalam satu hantaran menerusi laman Instagram Istana Negara; @istana_negara.

“Kepada semua rakan, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina! Semoga tahun yang mendatang ini memberi rahmat kepada anda dan yang tersayang dengan kemakmuran dan membawa tuah ketika menyambut Tahun Baru dengan kegembiraan, keamanan dan semangat kebersamaan sebagai rakyat Malaysia,” menurut hantaran tersebut.

Masyarakat Cina di seluruh negara menyambut Tahun Baru Cina dengan harapan ia akan membawa masa hadapan yang lebih baik dan kemakmuran. – BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button