Luar Negara

COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 10,551 dengan 800 kematian

Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 10,551 dengan jumlah kematian kini mencecah angka 800.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata sebanyak lapan lagi kes kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, (terdapat) sebanyak 433 lagi tambahan kes positif baharu,” katanya seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA

Achmad Yurianto berkata sejumlah 22,123 pesakit masih berada dalam pengawasan bagi jangkitan virus itu.

Di India seramai 72 lagi maut akibat COVID-19 selain 1,433 kes positif baharu dilaporkan sejak Jumaat, menjadikan jumlah kematian seramai 1,147 orang dan jumlah kes 35,043, lapor agensi berita Xinhua.

“Sehingga 8 pagi (waktu tempatan), hari ini 1,147 kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di negara ini,” menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

Pada Khamis petang, jumlah kes sebanyak 33,610 dan 1,075 orang maut manakala 8,889 pesakit discaj.

“Jumlah kes aktif setakat ini sebanyak 25,007,” menurut kementerian itu.

India mengumumkan sekatan pergerakan pada 25 Mac, yang dilanjutkan sehingga 3 Mei.

Kebanyakan negara Arab termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Bahrain, Maghribi dan Lubnan masing-masing turut mencatatkan peningkatan kes kematian dan jangkitan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu pada Khamis.

UAE mencatatkan 552 kes baharu, keseluruhan 12,481 dengan tujuh lagi kematian menjadikan jumlah setakat ini 552 manakala 2,429 pesakit sembuh.

Kementerian Kesihatan Kuwait pula mengesahkan 284 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat kepada 4,024.

Dua lagi pesakit maut menjadikan keseluruhan 26 orang.

Jumlah kes di Bahrain pula melepasi 3,000 pada Khamis.

Sebanyak 116 kes baharu, keseluruhan berjumlah 3,037, lapan kematian dan 1,495 pesakit pulih, menurut Twitter Kementerian Kesihatan.

Di Maghribi, jumlah kes sebanyak 4,359 pertambahan 38 lagi kes, 969 pesakit sembuh dan 168 kematian.

Kementerian Kesihatan Lubnan pula melaporkan empat kes baharu menjadikan jumlah kes 725, sementara angka korban

Singapura pula  hari ini mengesahkan 932 lagi kes baharu jangkitan COVID-1 termasuk lima kes melibatkan warga tempatan atau penduduk tetap negara itu.

Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura memaklumkan ‘sebilangan besar’ kes hari ini adalah daripada penghuni asrama, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 17,101 kes.

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button