Nasionalpilihan

Eksesais Mantis Malaysia, Kanada harap dapat diteruskan

Pelaksanaan Eksesais Mantis menerusi kerjasama pertahanan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK) diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan anggota tentera darat dapat dilatih dalam pelbagai senario.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Ab. Rahman berkata, eksesais tersebut yang dimeterai sejak 2015 telah menjadi medium terbaik melatih dan menguji kompetensi anggota tentera.

Menurutnya, menerusi eksesais yang dilaksanakan setiap tahun itu melihat tentera darat sudah bersedia menangani ancaman pengganas yang menggunakan agen kimia, biologi, radiasi, nuklear dan letupan (CBRNe).

“Konsep peperangan masa kini tidak hanya melibatkan peperangan konvesional malah pengganas CBRNe sebagai senjata yang semakin luas digunakan merupakan ancaman perlu dihadapi negara.

“Persediaan TDM semakin kukuh menerusi Eksesais Mantis ini kerana ancaman bahaya ini sebenarnya memerlukan latihan yang khusus dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi.

“Saya berharap Eksesais Bilateral ini telah digunakan sepenuhnya oleh anggota tentera kita dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani ancaman melibatkan pengunaan CBRNe,” ujarnya berucap pada Majlis Penutup Eksesais Mantis Siri 9/2023 di padang Pavilion, Kem Terendak di sini hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia, Wayne Robson mewakili ATK.

Eksesais Mantis Siri9/2023 bermula 11 Januari lalu melibatkan 11 pegawai dan 117 anggota tentera daripada kedua-dua negara. Eksesais ini turut melibatkan penyertaan dari Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM)

Muhammad berkata, latihan yang berterusan akan dapat meningkatkan pembangunan keupayaan dan standard kesiapsiagaan yang tepat untuk menjayakan misi pengoperasian membanteras insiden pencemaran agen CBRNe.

Terdahulu Robson dalam ucapannya berkata, ATK akan mengadakan perbincangan untuk membawa pembaharuan dalam susunan latihan teknikal Eksesais Mantis yang menjadi acara tahunan antara kedua-dua negara sejak 2015.

“Ini akan menjadi perbincangan yang sukar kerana kami ingin menilai cara terbaik untuk membantu TDM dalam membangunkan CBRNe dengan lebih meluas,” ujarnya.

Bagi tujuan tersebut katanya, Kolonel Geoff yang berada sepanjang Eksesais Mantis 9/2023 telah ditugaskan untuk melakukan kerja tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, seramai 12 anggota tentera darat dari Skuardon 12 CBRNe akan menjalani latihan di Suffield, Alberta, Kanada pada Mei ini. – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button