Nasional

Agong minta rakyat istiqamah dan terus patuh SOP Covid-19

RAKYAT diminta untuk terus istiqamah dalam kawalan kendiri serta berdisiplin dalam mematuhi prosedur oeprasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Perkara itu dizahirkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan media hari ini.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah turut menasihati rakyat untuk kekal tenang, tabah dan cekal menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta pelaksanaan Proklamasi Darurat.

“Sememangnya, dengan pelaksanaan PKP, Seri Paduka Baginda amat memahami cabaran yang dihadapi, khususnya aktiviti ekonomi harian rakyat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat terutamanya petugas barisan hadapan yang telah menunjukkan semagat soidariti, kesepaduan dan daya ketahanan tinggi ketika memerangi Covid-19,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah yang genap dua tahun menjadi Ketua Negara hari ini bertitah semangat keprihatinan ini amat terserlah melalui usaha-usaha petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus siang dan malam membendung wabak COVID-19.

“Ia juga terserlah melalui usaha-usaha murni kerajaan dan sukarelawan membantu golongan yang memerlukan serta juga melalui pematuhan SOP oleh rakyat jelata.

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa prihatin ini bukan sekadar slogan sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan pembentukan dan pemikiran dasar kerajaan sehingga ke peringkat pelaksanaan dan penyampaiannya.

“Walaupun kerajaan berada dalam situasi yang sukar, kebajikan rakyat tidak akan diabaikan,” kata Ahmad Fadil.

Sementara itu sesuai dengan tema Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini “Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin”, Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat agar menghayati semangat patriotisme dan cintakan Wilayah Persekutuan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain. -SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button