NasionalParlimen

Sidang khas Parlimen ditangguhkan dua kali

KERANCAKAN yang disulami dengan keriuhan mulut umpama bertih jagung ahli-ahli Parlimen pembangkang pada sesi sidang Mesyuarat Khs Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat pagi ini dihentikan selama 15 minit oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun

Selepas 15 minit berlalu, Azhar kembali dengan memaklumkan bahawa sesi Parlimen hari ini ditangguhkan dan akan bersambung pada pukul 2.30 petang nanti.

Pengumuman oleh Speaker dewan semestinya disambut dengan rasa tidak puas hati oleh blok pembangkang yang sejak sesi mesyuarat khas ini bermula, menjerit-jerit dan memekak-mekak.

Walaupun perbuatan ahli-ahli pembangkang ini amat tidak disenangi dan ditegur berulang kali oleh sama ada Speaker mahupun Timbalan Speaker namun ahli-ahli parlimen dari blok pembangkang tidak menghiraukan teguran-teguran itu.

Azhar mengambil keputusan menghentikan sidang mesyuarat selama 15 minit sejurus selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan perihal kenyataan dari Istana Negara yang mengaitkan rasa dukacita Seri Paduka Baginda Agong berhubung keputusan Kerajaan menamatkan darurat pada 21 Julai lalu iaitu sebelum tarikh matang darurat pada 1 Ogos, Ahad ini.

Ahli-ahli parlimen blok pembangkang hari ini berterusan menggasak kerajaan sehingga beberapa kali mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. – SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button