Nasional

Baru curi kereta 3 jam yang lalu, dah kena tahan

DUA individu yang terlibat dengan sindiket curi kereta ditahan selepas baru tiga jam melakukan aktiviti jenayah tersebut pada semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek pertama telah ditahan di Taman Bukit Mutiara Kajang, Selangor kira-kira pukul 6 petang.

“Kita telah mengintip suspek pertama yang berusia 37 tahun sebelum melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang digunakan.

BACA> Tukang perabot didakwa di mahkamah bunuh bekas isteri

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta jenis Proton Wira itu dilaporkan hilang di Ampang kira-kira tiga jam sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, siasatan lanjut terhadap suspek telah membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek berusia 38 tahun.

Selain tangkapan, pihaknya turut merampas sebuah lagi kereta Proton Wira yang dilaporkan hilang bersabit kes di Serdang.

BACA> Padah wheelie atas jalan raya: Bapa anak satu dihukum penjara dan denda

“Semakan rekod jenayah terhadap suspek pertama mendapati dia mempunyai 18 rekod lampau berkaitan Seksyen 379A Kanun Keseksaan (13 rekod); Seksyen 380 Kanun Keseksaan; Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (2) dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (2).

“Suspek kedua pula mempunyai enam rekod jenayah lampau iaitu Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (2 rekod); Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya (3), Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (2) dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jelasnya, selain tangkapan, pihaknya turut merampas dua buah telefon bimbit, kunci kereta (2) dan dua buah kereta Proton Wira.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan tangkapan telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Serdang untuk siasatan lanjut. -SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button