Nasional

Agong berkenan bertemu 18 pemimpin parti politik

ANG di-Pertuan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk menerima menghadap seramai 18 pemimpin parti politik berkaitan usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 serta pelaksanaannya sepanjang tempoh Darurat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pandangan yang telah dikemukakan pemimpin tersebut akan diwasilkan di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang esok bermula pada pukul dua petang di Istana Negara.

“Dalam sesi-sesi menghadap para pemimpin politik Seri Paduka Baginda telah berkenan mendengar pandangan-pandangan dari mereka tentang pelbagai isu.

“Perlu diperjelaskan di sini bahawa sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda dan berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” kata Ahmad Fadil.

Al-Sultan Abdullah bertemu dengan 18 pemimpin parti politik itu bermula pada 9 Jun lalu hingga petang ini.

Baginda turut berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat di Istana Negara hari ini.

Beberapa pakar dari agensi Kerajaan turut dijadualkan memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok.-SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button