Rencah Hidup

Agensi Pekerjaan Swasta rayu benarkan kemasukan Pembantu Rumah Asing

DALAM akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, salah seorang Pengarah dalam syarikat Agensi Pekerjaan Swasta (APS), Zubaidah Mubarruck Ali memilih untuk menyuarakan apa yang dilaluinya di SUARA MERDEKA.

Penulisannya disiarkan untuk perkongsian pembaca dan mereka yang turut melalui detik-detik kesukaran sepertimana yang dihadapi oleh Zubaidah, 41.

Kata Zubaidah, APS adalah sebuah syarikat berdaftar secara sah dari tahun 2012 .

Pihak kerajaan atau Jabatan yang terlibat haruslah memandang agensi berdaftar yang sedang dalam masalah yang dihadapi oleh APS. Fungsi Agensi Pekerjaan Swasta menempatkan pekerja informal dan formal serta mewakili majikan di semua jabatan kerajaan.

Saya adalah agensi pekerjaan yang menempatkan pengurus rumah tempatan dan ianya dikenali sebagai Home Manager di mana tawaran dan pakaj yang telah dikenalkan kepada wanita rakyat tempatan untuk bekerja dan cuba menarik wanita tempatan supaya bekerja di rumah majikan.

Dan ia adalah selamat dan sekarang, Pengurus Rumah Tempatan akan mendapatkan Perkeso dan Kwsp.

Majikan yang sedang menunggu calon tempatan untuk bekerja namun ianya bukan mudah kerana kita juga harus melihat beberapa faktor kerana wanita tempatan mempunyai keluarga disini dan anak anak.

Kebanyakan yang mohon pekerjaan ini adalah wanita yang digelar Ibu tunggal atau mereka yang benar benar mahu bekerja.

Ini kerana mereka tidak mahu tinggal bersama dan agak bahaya jika mereka memilih untuk berulang-alik di mana ia boleh menyebabkan penularan wabak penyakit berjangkit.

Kita sedia maklum bahawa ramai yang menjadi penggangur tetapi sekiranya wanita rakyat tempatan tidak mahu mencuba dan menukar mind set maka agar sukar untuk membentuk mereka kerana ada kalangan ibu tunggal yang mahu membawa anak tinggal bersama dan itu menyukarkan majikan.

Bukan itu sahaja, mereka yang berkelulusan diploma dan sarjana juga diberi peluang untuk bekerja dengan majikan yang memerlukan pengurus rumah untuk menjaga orang tua.

Ada yang memerlukan Pengurus Rumah untuk menjaga warga emas lelaki tetapi wanita tempatan kebanyakannya tidak mahu bekerja di rumah majikan yang menjaga warga emas lelaki berbanding Pembantu Rumah Asing yang tidak keberatan untuk menjaga orang tua.

Ramai wanita bekerjaya terpaksa berhenti kerja kerana tidak dapat fokus pada pekerjaan menyebabkan tidaklah dapat menaikkan ekonomi negara walau tanpa sedari wanita adalah penyumbang utama dalam ekonomi.

Ramai majikan mengelami stress atau tiada jalan bagi mereka mengambil jalan mudah dengan menggajikan pembantu kosong yang tiada dokumen kerana mereka tiada pilihan lain. Sanggup bayar RM8,000 hingga RM10,000 untuk pekerja kosong dan kemudiannya melarikan diri.

Rezeki agensi pekerjaan swasta juga tiada sumber pendapatan.  Kami faham dengan penularan Covid-19 dan varian lain tapi bagaimana dengan perjalanan perniagaan kami yang terpaksa bayar sewa pejabat, bil utiliti dan sebagainya ianya bukan mudah dan kami juga tidak mendapat bantuan dana one off sejak tahun lepas.

Sudah tiba masanya Kerajaan membenarkan dan meniliti untuk kemasukan Pembantu Rumah Asing dengan cara SOP terkawal seperti mana dalam My Travel Pass kerana permintaan juga sudah bertambah dan saya tidak dapat pekerja tempatan yang mencukupi.

Sudah hampir setahun menunggu malah rezeki kami juga terhenti di situ apabila tiada kemasukan pembantu rumah asing.

Kerajaan juga pada 30 Mac 2021 telah umumkan bahawa Permohonan Calling Visa dapat dibuat dalam masa 3 bulan dan rata rata majikan menunggu berita baik mengenai kemasukkan pembantu rumah asing melalui Agensi Pekerjaan berdaftar.

Pembantu Rumah Asing adalah satu keperluan buat masa ini dan saya yakin ini dapat membantu majikan yang utama frontliners, cikgu dan lain-lain.

Kami tidak dapat access kepada FWCMS untuk membuat permohonan baru dan kedutaan juga tidak membenarkan renewal job order kami, jadi bagaimana kami dapat membantu majikan sekiranya sektor perkhidmatan ini tidak diutarakan awalan kepada MKN dan MITI.

Jika PKP berlanjutan apa akan jadi kepada agensi pekerjaan swasta. Hampir 15 bulan kami menunggu berita baik dari kerajaan buat APS. – SM

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button