Luar Negara

Ikan gergasi ditemukan, khuatir petanda awal gempa bumi

SEEKOR ikan gergasi yang dipercayai spesis Oarfish sepanjang 13 kaki telah ditemukan hanyut di persisir pantai sebuah pusat peranginan di Mexico baru-baru ini.

Ikan tersebut ditemukan oleh jurutera aquaculture, Fernando Cavalin dan rakannya David de Zabedrosky pada 12 Julai lalu.

Menerusi laporan Daily Star, Cavalin memberitahu yang ikan tersebut sudah lama mati dan mula dimakan haiwan lain.

“Banyak haiwan lain di dalam air yang sudah mula memakan ikan tersebut dan kita syak ianya sudah mati sebelum hanyut ke persisir pantai,” jelasnya.

Penemuan ikan yang sering hidup di kawasan laut dalam ini ke persisir pantai sebenarnya berkaitan rapat dengan bencana alam gempa bumi.

gergasi
Ikan bersaiz sama yang pernah ditemuan di California, Amerika Syarikat.

Ikan Oarfish bersaiz sama yang ditemukan di Mexico itu pernah muncul di Jepun pada 2011 sebelum kejadian gempa bumi Fukushima menyusul selepas itu.

Pada 11 Jun lalu, ikan sama pernah ditemukan di persisiran pantai Quintana Roo sebelum gempa bumi melanda Oaxaca pada 23 Jun.

Penemuan ikan tersebut oleh Cavalin juga telah mencetuskan kerisauan orang ramai berkaitan kejadian gempa bumi.

BACA> Boeing 747 Qantas pencen awal kerana Covid-19

Menurut seorang pengguna laman sosial, ikan yang tinggal 200 meter di dalam laut memang akan sentiasa sensitif terhadap sebarang pergerakan bawah tanah.

Namun, kajian yang dilakukan beberapa pakar mengatakan bahawa kemunculan ikan laut dalam ke persisir pantai tidak berkaitan langsung dengan bencana alam.

BACA> Covid-19: Brazil, Indonesia, Bangladesh uji vaksin Sinovac

Ikan Oarfish ialah ikan yang boleh hidup dengan kedalaman air mencecah hingga 1,000 meter dan boleh membesar sehinga 11 kaki panjang.

Ikan tersebut dianggap sebagai spesis terancam yang jarang dapat dilihat orang ramai. -SM

(Visited 635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button