Nasional

Lelaki acu pisau kepada ibu sendiri

SEORANG lelaki ditahan kerana bertindak dengan mengacukan sebilah pisau kepada ibunya sendiri di sebuah rumah di Jalan 14/59, Petaling Jaya, semalam.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.45 malam oleh sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil ujian saringan air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

BACA> Syarat wajib: Orang miskin akan diberikan pelitup muka

“Polis turut merampas sebilau pisau yang disembunyikan suspek di bawah permaidani ruang tamu rumah berkenaan.

“Semakan rekod lampau juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, suspek kini telah ditahan reman selama dua hari dan disiasati di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

BACA> Md. Rayhan mohon maaf kepada Kerajaan Malaysia

Jelasnya, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button