Politik

BN mendengar pandangan anak muda – Nizar Najib

PERGERAKAN Pemuda Barisan Nasional(BN) akan meneruskan inisiatif meja bulat yang merupakan usaha untuk mendapatkan pandangan dan suara anak muda terutama harapan serta inspirasi mereka mengenai apa yang perlu ditawarkan oleh parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Exco Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Nizar Mohd. Najib berkata, siri meja bulat itu telah diadakan di Pahang dan turut membabitkan golongan mahasiswa, pendidik, persatuan belia dan kelompok kecil.

Katanya, ia bagi mendapatkan pandangan, cadangan yang baik dan bernas dan boleh diketengahkan dalam tawaran baharu BN.

“Setakat ni alhamdulillah… kami lihat anak-anak muda penuh sarat dengan idea-idea menarik mengenai peluang pekerjaan, golongan OKU (orang kelainan upaya), perlindungan untuk pekerja, ekonomi dan sebagainya.

“Insya-Allah… kami akan mengambil kira semuanya dan membuat ‘ranking’ dari segi keutamaan daripada golongan anak muda yang mana mereka memberi penekanan dan boleh membantu nasib mereka ketika ini dalam menghadapi ekonomi yang mencabar dan juga menghadapi wabak pandemik COVID-19 yang merbahaya,” katanya seperti yang dipetik daripada UMNO-Online.

Mengenai penubuhan parti Muda bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Mohd. Nizar berkata, ia perlu dipandang serius/

“Sebagai parti politik sudah tentu kita bersaing dengan parti-parti yang baru termasuk parti yang baru ditubuhkan ini.

“Kami akan melakukan yang terbaik demi kesejahteraan dan pembelaan anak muda di negara ini supaya mereka dapat menjadi pelapis yang akan memacu Malaysia ke arah negara yang lebih maju dan lebih baik dalam abad 21,” ujarnya.

Oleh kerana itu katanya, sebagai parti politik yang telah lama berkecimpung dan memperjuangkan isu-isu anak muda, BN perlu membuat tawaran baharu yang lebih segar, inklusif, menyeluruh dan menyakinkan.

“BN adalah sebuah parti yang tidak pernah meninggalkan anak muda atau pun memandang rendah mengenai aspirasi atau pun kehendak anak muda,” tegasnya.-SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button