Politik

ADUN Sindumin keluar Warisan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob keluar dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pengumuman tersebut dibuat beliau hari ini dan beliau yang merupakan bekas  Ketua Penerangan Warisan tidak akan menyertai mana-mana parti dan sebaliknya menjadi ADUN Bebas

Beliau menyertai Warisan sejak awal parti itu diwujudkan pada 2016. Pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu Yusof mempertahankan kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam pertembungan lima penjuru.

Beliau memperolehi 5,415 undi bagi menewaskan pesaing terdekatnya, Sani Miasin yang merupakan calon Barisan Nasional (BN). – SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button