EkonomiNasional

Dagangan awal Ringgit lebih tinggi berbanding Dolar AS

manakala Bursa Malaysia diniagakan dalam jajaran kecil

Ringgit dibuka minggu ini dengan catatan positif, disokong oleh Dolar AS yang jauh lebih lemah dan juga faktor kenaikan harga minyak dunia. Mata wang negara meningkat kepada 4.1000 / 1030 berbanding Dolar AS daripada penutupan Jumaat lalu pada 4.1100 / 1140. Ringgit Malaysia dijangka mengukuh 4.1025 dan 4.1225 sepanjang minggu ini.

Ia dipacu oleh pergerakkan Dolar AS selain dipengaruhi keputusan pengurangan “Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed)”. Ringgit Malaysia dijangka diniagakan pada kedudukan yang lebih baik berikutan pelabur pertukaran wang asing menerima kenyatan “Fed” untuk mengekankan kadar faedah rendah walaupun data menunjukkan ekonomi mengukuh dalam masa terdekat.

Lonjakkan dagangan China April lalu berikutan eksport yang terus meningkat membantu penurunan Dolar AS dan China secara tidak langsung memberi kelebihan kepada mata wang negara-negara yang mempunyai eksport besar dengan China seperti Malaysia. Ia dilihat mampu memberi rangsangan optimis terhadap Ringgit Malaysia.

BURSA

 

Sementara itu Bursa Malaysia diniagakan dalam jajaran kecil antara 1580 dan 1600 minggu ini, tumpuan pelabur dijangkan menjurus kepada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2021 Malaysia esok. KDNK suku pertama Malaysia dijangka menunjukkan kemerosotan berbanding tempoh yang sama tahun lalu kesan impak daripada PKP2.0 yang dirasai sepanjang bulan Februari tahun ini.

Dengan cuti Aidilfitri bermula Khamis, dijangka dagangan juga akan turut berkurangan dan FBM KLCI akan diniagakan dalam jajaran kecil dan berhati-hati minggu ini. Pada jam 9:00 pagi tadi indeks utama Bursa Malaysia itu susut 0.03 mata kepada 1,587.48.

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button