NegeriPendidikanRencah Hidup

Pelajar antarabangsa KUIPs buat kuih sepit, ketupat palas

Pelajar perempuan antarabangsa KUIPs mempelajari kuit sepit.

KOLEJ Universiti Islam Perlis (KUIPs) tidak sekadar sebagai tempat bagi menimba ilmu semata-mata. Sebaliknya KUIPs mahukan mendedahkan para pelajar antarabangsanya mempelajari budaya orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kebetulan kampus KUIPs terletak di Kuala Perlis di berdekatan dengan perkampungan nelayan yang sekian lama dikenali sebagai pusat pengeluar pelbagai kuih raya tradisional dan moden di Perlis.

Berikutan itu, KUIPs telah mengatur program bagi pelajar antarabangsanya mempelajari cara membakar kuih sepit dan menganyam ketupat palas yang menjadi juadah utama kepada orang Perlis di pagi Syawal.

Rektornya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, peluang yang diberikan ini diharap memberi gambaran dan perkongsian budaya dengan penduduk Kampung Warna-warni di Kuala Perlis ini.

“Saya yakin 150 pelajar antarabangsa yang tidak pulang untuk berhari raya bersama keluarga mereka akan turut merasakan kemeriahan Aidilfitri dengan program yang diatur ini,” ujarnya.

Pelajar perempuasn antatarabangsa KUIPs tekun belajar cara membalut ketupat palas di Kampung Warna Warni di Kuala Perlis.

Katanya, pihak KUIPs juga akan menyediakan jamuan hari raya selepas solat Aidilfitri di kedua-dua surau di kampus Kuala Perlis dan juga Pauh nanti.

Sementara itu beberapa pelajar antarabangsa yang ditemui melahirkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada KUIPs kerana telah mengatur program ini.

Amgad Nabil dari Yaman yang ditemui berkata, peluang yang diberikan untuk membakar kuih sepit dan menganyam ketupat palas bersama rakan-rakan lain sesungguhnya memberi pengalaman baru kepada mereka.

“Pastinya ia sebagai kenangan manis di Aidilfitri ini yang akan menjadi memori hidup saya ketika menyambung pengajian disini,’ ujarnya dalam hantaran whatsApp kepada pihak KUIPs.

Manakala Sediqi Sediqullah dari Afghanistan pula yang ditemui amat gembira kerana walaupun pada awal Ramadan terasa suasana Aidilfitri di peranyauan namun dengan program yang diatur ini memberikan kegembiraan kepada mereka yang tidak pulang untuk berhari raya pada tahun ini.

Dua pelajar lelaki antatarabangsa KUIPs belajar cara membakar kuih sepit di Kampung Warna Warni di Kuala Perlis.

“Pemakluman rektor mengenai jamuan raya juga pastinya Aidilfitri kali ini memberi kegembiraan kepada bukan sahaja pelajar antarabangsa malah tempatan yang tidak pulang beraya,” sambungnya lagi.

Bagi Badr Aseel dari Yaman peluang membakar kuih sepit bersama-sama rakan dari Somalia, Chad dan Sudan merupakan pengalaman baru yang dipelajarinya dari Rosilawati Yaakob penduduk Kampung Hujung Tanjung. – SM

BACA 40 pelajar KUIPs antara 200 belia Perlis sertai program Rakan Ekspresi

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button