Nasional

Facebook Fuziah dinyahaktif selepas siar berita palsu

SETELAH membuat hantaran berita palsu rakyat Malaysia berpusu-pusu pulang dari Singapura Facebook Fuziah Salleh dinyahaktifkan.
Facebook rasmi milik Ahli Parlimen Kuantan yang juga bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama ketika era pentadbiran Pakatan Harapan, Khamis lalu telah menyiarkan berita palsu berkenaan.
Tindakan semberono bukan sahaja mengundang kecaman warga maya, tetapi menyebabkan polis membuka siasatan terhadap kes berkenaan.
Fuziah kini jika dituduh di mahkamah dan didapati bersalah bakal kehilangan jawatan ahli parlimen dan memerlukan pilihan raya kecil diadakan.
Mengikut undang-undang, sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.
Ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 akan kehilangan kelayakan. – SM
BACA

Ekoran hantaran di Facebook itu,  Jabatan Imigresen Malaysia menafikan berlaku rempuhan sekumpulan warga Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, video rempuhan berkenaan yang dikongsi di media sosial adalah suasana latihan kebakaran di BSI yang dilaksanakan pada 18 Disember 2019.

“JIM mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor,” kata Khairul Dzaimee.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pula berkata, polis akan menyemak satu laman Facebook yang didakwa memuat naik kandungan video yang mencetuskan kegusaran orang ramai, sebelum memanggil seorang Ahli Parlimen yang juga bekas timbalan menteri, untuk memberi keterangan.

Katanya, pihak polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penularan video tersebut, yang kononnya memaparkan situasi bersesak-sesak melibatkan pekerja Malaysia dari Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru.
(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button