BeritaSukan

Syed Saddiq tidak puas hati emas Izzah ditarik balik

KUALA LUMPUR – Mungkin wujud pertimbangan berat sebelah ataupun rasa tidak puas hati pihak penganjur menyebabkan pingat emas yang dimenangi Izzah Amzan dalam acara gimrama riben Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina pada Sabtu lalu ditarik balik.

Dalam hal tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun Twitter meluahkan rasa kesal dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

“Tidak masuk akal.  Di atas nasihat penganjur, saya sendiri kalungkan pingat emas Izzah.

“Mengikut Teknikal Handbook Penganjur pun,  membenarkan pingat emas Izzah.  I will not tolerate this.  #TeamMAS telah protest dan tuntut keadilan,” ciapnya.

https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1203897542045552640?s=19

Bagaimanapun, Ketua Kontinjen Negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin pada pagi tadi sudahpun menghadiri mesyuarat ketua kontinjen pagi tadi.

Sabtu lalu, Izzah dikalungkan pingat emas oleh Syed Saddiq sebagai pemenang emas bersama dengan rakan senegara, Koi Sie Yan.

Namun, Izzah sekadar diber pingat perak selepas kedudukannya dipertikai menyebabkan pingat emasnya ditarik balik. – SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button