NasionalNegeriPendidikan

AYIA 2023: Enam produk UniMAP raih 100% pingat

ENAM produk ciptaan penyelidik muda dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih 100% pingat pada Asian Youth Innovation Awards (AYIA) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), baru-baru ini.

Ia melibatkan tiga pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa termasuk satu Anugerah Khas pada majlis anugerah yang diadakan sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 bermula 16 hingga 18 Mac 2023.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, UniMAP telah menghantar enam produk iaitu tiga produk dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam, dua produk Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia dan satu produk dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal.

Enam pingat yang berjaya diraih oleh enam penyelidik muda UniMAP di AYIA) 2023.

“Lebih membanggakan apabila produk penyelidikan pelajar Nor Amirah Azwa Norizal dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia bertajuk Fabrikasi Nanoemulsi berasaskan Minyak Pati Origanum Vulgare (Oregano) untuk Aplikasi Selepas Penuaian Mangga bukan sahaja mendapat pingat emas tetapi turut dinobatkan Anugerah Khas ‘Leading Innovation’.

“Nanoemulsi Origanum Vulgare daripada pati minyak telah direka bentuk dan diformulasikan baharu bertujuan melindungi buah mangga daripada jangkitan kulat selepas proses penuaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadiah MTE 2023 telah disampaikan oleh Presiden Persatuan STEM Kebangsaan Malaysia, Professor Emeritus Datuk Dr. Noraini Idris.

Tambah Prof. Dr. Zaliman, produk yang menerima Anugerah Khas daripada Macao Innovation and Invention Association tersebut mampu menghilangkan sehingga 75 peratus jangkitan kulat pada buah tanpa menjejaskan kualiti mangga.

“Anugerah serta pingat yang dimenangi semua produk itu membuktikan UniMAP sentiasa mementingkan budaya inovasi dalam kalangan pelajar sekaligus dapat mengetengahkan kecemerlangan bakat mereka dalam bidang tersebut.

“Pertandingan inovasi ini juga dapat membangunkan bakat pelajar supaya lebih kreatif, responsif dan berdaya saing sekaligus menjadikan mereka berpengetahuan tinggi danberinovatif,” katanya.  – SM

Delegasi UniMAP meraikan kejayaan sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE)

Senarai pemenang AYIA:

1. Nama: NURUL NADIA BINTI MAN
Matrik: 191132198
Fakulti: FKTA
Tahun Pengajian: TAHUN 4
Nama Product: ECO-Bead : Composite Beads from Chitosan/Y2O3 for Sorption of Textile Industry
Nama SV: DR. MASITAH BINTI HASAN
Pingat: Gold
 
2. Nama: Choh Yu Jun
Matrik: 191331785
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam
Tahun Pengajian: 4
Nama Product:
“WOPENStruc: Wind Pressure Reduction and Load Capacity Release System for Medium and High-Rise Buildings”
Nama SV: Ts. Dr. Sk Muiz Bin Sk Abd Razak
Pingat: Gold
 
3. Nama: Raqibahtul Husna Binti Azahar
Matrik: 191352643
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal
Tahun Pengajian: 4
Nama Product: Alkali Activated Material Adsorbent
Nama SV: Dr. Wan Mastura Binti Wan Ibrahim
Pingat: Bronze
 
4. Nama: Nor Amirah Azwa Binti Norizal
Matrik: 191282483
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia
Tahun Pengajian: Tahun 4
Nama Product: Fabrication of Nanoemulsion based Origanum Vulgare (Oregano) Essential Oil For Mango Postharvest Application
Nama SV: PM Ts. Dr. Ahmad Anas Nagoor Gunny
Pingat: Gold
Special Award – Leading Innovation Award
 
5. Nama: Nur Amni Qhairunnajwa Binti Ariffin
Matrik: 191173094
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia
Tahun Pengajian: 4
Nama Product: Antistatic Packaging from PHBV/Graphene Film
Nama SV: Dr. Syarifah Nuraqmar Binti Syed Mahamud
Pingat: Silver
 
6. Nama: Duane Regen Anak Broster
No. Matriks: 191331788
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam
Tahun Pengajian : Tahun 4
Nama Product: COIXLAC-JL Concrete “High Compressive Strength Lightweight Concrete With Partial Replacement of Coix-Lacryma-Jobi-Seed”
Nama SV: Dr. Nur Soleha Binti Abdul Rahim
Pingat: Silver

BACA UniMAP terus lebarkan program KTP TVET UNiTY@PERLIS untuk masyarakat

BACA FKTK UniMAP perkenal STEM di sekolah sekitar Perlis

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button