Nasional

Kastam pilih SK Padang Besar Selatan laksana Program Bakti Masyarakat ‘Jalinan Kasih’

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis turun padang bagi melaksanakan pelbagai aktivitinya menerusi Program Bakti Masyarakat ‘Jalinan Kasih’.

Kali ini JKDM Perlis memilih mengadakan program ini bersama dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Besar Selatan (S), Kuala Perlis.

Murid-murid SK Padang Besar (S) teruja mendengar ceramah peranan JKDM oleh kakitangannya.

Hadir sama bagi program sehari ini, Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, Guru Besar SK Padang Besar (S), Hamzan Hussein, Jemaah Nazir Negeri Perlis, Ustaz Khairul Hakimi Ismail, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Padang Besar (S), Md Noor Shaari dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKDM Perlis, Abdul Malik Awang Kechik.

Program ini telah bermula pukul 9 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari.

Antara aktiviti telah dijalankan di Ceramah Pengenalan Kastam, Pertunjukan Anjing Pengesan Dadah (APD) dan Pameran JKDM.

Dalam ceramah pengenalan Kastam ini seperti pendedahan berkenaan tugas-tugas serta aktiviti JKDM.

Penyampaian tugasan jabatan ini dilihat dapat menarik perhatian murid-murid di sekolah tersebut yang dianggap satu pengetahuan baharu kepada mereka.

Murid-murid SK Padang Besar (S) melihat pameran JKDM.

Begitu juga dengan pertunjukan anjing pengesan dadah yang sekaligus dapat memberi peringatan untuk murid-murid terhadap barang larangan ini.

Selain itu, JKDM juga dapat berkongsi maklumat serta pengetahuan berkaitan jabatan ini kepada guru-guru dan kakitangan lain di sekolah tersebut.

Pendedahan seperti ini amat penting supaya masyarakat dapat memahami dengan jelas peranan JKDM. – SM

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button