fbpx
Nasional

ADUN Dengkil Adhif Syan nafi ditahan polis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan beliau ditahan polis membabitkan kes dadah di sebuah pusat hiburan semalam.

Sementara itu, dalam sidang akhbar hari ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau ada menerima maklumat mengenai tangkapan seorang ADUN melalui media sosial tetapi belum ada laporan rasmi mengenai perkara itu.

Tular di media sosial hari ini seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.

Penahanan berlaku pada pukul 4.45 petang di sebuah kondominium di Jalan Puchong dan mereka berusia antara 26 hingga 53 tahun termasuk enam wanita.

Berita Harian melaporkan, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.


“Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif,” katanya sambil menjelaskan ADUN terbabit kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button