Politik

ADUN DAP persoal MITC bagi Fairul Nizam kereta

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 31 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong mempersoalkan bagaimana
Timbalan Pengerusi Melaka International Trade Center Sdn. Bhd. (MITC), Fairul Nizam Roslan yang juga ADUN
Asahan menerima sebuah kereta jenis Honda.

Menurutnya, kerajaan perlu memberi penjelasan memandangkan MITC sebuah syarikat berkaitan kerajaan GLC
mengalami kerugian hampir RM2 juta tetapi mampu membelikan kereta untuk diberikan kepada Fairul Nizam.

Beliau berkata, tidak sepatutnya MITC membeli kereta untuk digunakan oleh Timbalan Pengerusi MITC
memandangkan keadaan ekonomi yang masih belum pulih ekoran wabak Covid-19.

“Kerugian yang dicatatkan oleh MITC melebihi RM2 juta sepanjang tempoh 2019 hingga 2020 iaitu pada 2019
rugi sebanyak RM1.34 juta dan pada 2020 pula RM737,805.

“Apa justifikasi MITC boleh beli sebuah kereta untuk kegunaan Fairul Roslan ketika mengalami kerugian,”
ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Chee Leong menambah dalam keadaan ekonomi yang masih tidak stabil dan masih belum pulih sepenuhnya hingga
kini, MITC sepatutnya berjimat kerana rakyat juga masih bergelut dengan kenaikan harga pelbagai jenis
barangan.

Dalam satu hantaran Facebook memaparkan Pengerusi Jawatankuasa Kanan Pelaburan, Perindustrian dan
Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengadakan pertemuan dengan Ketua
Pemuda Melaka itu di samping menerima sebuah kereta Honda.

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button