Uncategorized

ADUN DAP mahu DAP, PKR, Amanah dibubar jadi satu parti

AHLI Dewan Undangan Negeri DAP Ronnie Liu mencadangkan supaya parti yang dianggotainya, PKR dan Amanah dibubarkan.

ADUN Sungai Pelek yang sebelum ini beberapa kali menjadi pemimpin kontroversi dalam DAP berkata, dia mahu melihat ketiga-tiga parti itu menjadi satu parti iaitu Pakatan Harapan.

Langkah itu sekali gus mewujudkan sebuah parti berbilang kaum terbesar dan mempunyai lebih ramai wakil rakyat.

“Ketiga-tiganya perlu dibubarkan dan bergabung menjadi sebuah parti pluralistik dengan pandangan progresif.

“Saya sangat berharap suatu hari nanti Pakatan Harapan akan menjadi sebuah parti tunggal yang besar dan bukannya gabungan,” kata Ronnie kepada Malaysiakini.

Ronnnie mencadangkan perkara tersebut kerana beranggapan DAP perlu berubah daripada kedudukannya sekarang.

Parti yang mempunyai majoriti keahlian terdiri daripada kaum Cina itu perlu ‘overhaul’ atau ia akan mati perlahan-perlahan.

“Sebab untuk membubarkan menjadi satu parti adalah kerana setiap parti boleh membuang beban sebelumnya dan berada di bawah jenama baru. DAP telah dituduh sebagai anti-Islam, PKR sebagai kenderaan Anwar (Ibrahim) sahaja dan ada yang mengatakan Amanah sebagai ikan bilis.

“Tapi jika kita boleh bergabung dengan ikhlas, gabungan parti ini boleh menjadi kuasa yang kuat,” katanya.

DAP memiliki 42 anggota parlimen manakala PKR (35) dan Amanah (11).

Sekiranya parti-parti ini bergabung ia akan mewujudkan mewujudkan sebuah entiti yang memiliki 88 ahli parlimen dan menjadikannya selesa sebagai parti terbesar di parlimen sekarang.-SM

 

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button