Politik
Trending

ADUN DAP yang didakwa merogol isytihar keluar PH

ADUN Tronoh dari DAP, Paul Yong yang kini berhadapan dengan dakwaan merogol di mahkamah hari ini mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH)

Beliau bersama dua lagi ADUN keluar daripada gabungan itu menyertai Pakatan Nasional (PN).

Mereka ialah ADUN Buntong juga dari DAP, A Sivasubramaniam dan ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim daripada Amanah.

Yong, 50, yang merupakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak terhadap pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia berumur 23 tahun.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di kediamannya di Meru Desa Park pada 7 Julai tahun lepas antara 8.15 malam dan 9.15 malam.

Yong kemudian memohon daripada Mahkamah Rayuan di Putrajaya supaya perbicaraan kes rogol dihadapinya dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, tetapi telah ditolak.

Ketiga-tiga ADUN terbabit bertindak keluar daripada PH ekoran sebaik selepas Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan pembentukan kerajaan Perak yang baru hari ini.

Turut bertindakan keluar daripada PH ialah ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri daripada PKR.

Kerajaan PH di Perak tumbang PN kini mempunyai 32 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata PN akan memohon perkenan untuk mengadap Sultan Perak bagi memaklumkan perkara itu.

“Saya dengan ini ingin memaklumkan kepimpinan Bersatu, UMNO dan PAS Perak telah mencapai persetujuan untuk bentuk gabungan baru,” katanya.

Yong masih berhadapan dengan kes di mahkamah ekoran didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia. -SM

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button