Nasional

Covid-19: Apa yang berlaku hari ini?

WABAK Covid-19 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda dengan jumlah kes positif meningkat melebihi 1,000 kes.

Ikuti sorotan mengenai apa yang berlaku dan perkembangan Covid-19 hari ini.

09.05: Hanya ketua keluarga dibenar keluar beli barangan

Hanya ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setiap kebenaran untuk membawa ahli keluarga lain bersama.. Bergantung kepada budi bicara pihak polis.

09.00 malam: 1,116 rakyat Malaysia terkandas di India akan dibawa pulang

1,116 orang rakyat Malaysia yang terkandas di India akan dibawa pulang ke tanah air dalam waktu terdekat. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar memaklumkan, keputusan dibuat hasil perbincangan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin dengan Presiden MIC, Tan Sri S- A Vigneswaran dan syarikat penerbangan AirAsia.

08.37 malam: Sarawak kenal pasti empat individu sertai Ijtimak tabligh di Sulawesi

Kerajaan Negeri Sarawak sudah mengenal pasti identiti empat lelaki dari negeri itu yang menyertai perhimpunan Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi, Indonesia dan sedang melakukan usaha untuk mengesan mereka. Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata pihak berkuasa sedang memantau semua pintu masuk di sempadan Sarawak-Kalimantan untuk mengesan sama ada mereka telah pulang ke Sarawak.

07.00 malam: Empat lagi kematian terbaharu COVID-19 dicatatkan

Malaysia catat pertambahan empat lagi kes terbaharu berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan hari ini kepada lapan kematian setakat 6.30 petang Sabtu.
Perkara tersebut diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya.

04.40 petang: Jemaah tabligh korban keempat COVID-19 selamat dikebumi

Jenazah mangsa wabak koronavirus (COVID-19) yang meninggal dunia awal pagi Sabtu di Hospital Melaka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Chohong, Jasin sekitar pukul 2 petang ini.
Lelaki berusia 50 tahun itu merupakan mangsa keempat COVID-19 di negara ini selepas Sarawak, Johor dan Sabah.

04.00 petang: Pasukan Khas ditubuh kesan anggota tabligh yang enggan jalani saringan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Khas bagi menyiasat dan mengesan saki baki jemaah tabligh yang enggan menjalani saringan kesihatan di seluruh negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan sehingga kini seramai 7,671 orang jemaah tabligh telah dikesan dan menjalani saringan kesihatan.

04.00 petang: Enam anggota PDRM positif COVID-19, 335 anggota masih tunggu keputusan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan enam anggotanya telah disahkan positif COVID-19 ketika bertugas di seluruh negara.
Jelasnya, daripada jumlah itu  seramai 335 ahli keluarga PDRM turut menunggu keputusan selepas menjalani saringan kesihatan COVID-19 ketika ini.

03.15 petang: Lelaki ‘kenduri kepala kambing’ direman empat hari

Seorang lelaki yang dikaitkan dengan video tular kenduri kepala kambing dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi tadi direman empat hari. Majistret, Eliana Ismail membenarkan lelaki itu ditahan bermula hari ini ehingga   24 Mac untuk membantu siasatan.

.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seorang anggota dari KD Mahawangsa disyaki COVID-19, setelah isterinya bergaul rapat dengan rakan sekerja yang juga disyaki menghidap virus itu.

02:30 petang: Semua majlis akad nikah di Perak perlu ditangguhkan

Semua majlis akad nikah di Perak hendaklah ditangguhkan sepanjang tempoh kawalan COVID-19, bermula 21 Mac sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ,Datuk Mohd Yusop Husin berkata, semua Pegawai Tadbir Agama (PTA) perlu mengambil maklum mengenai arahan tersebut dan membuat tindakan lanjut mengikut daerah masing-masing.

01.30 tengah hari: Singapura umum dua kematian

Singapura mengumumkan dua kematian pertama akibat COVID-19.  Korban pertama merupakan wanita warga tempatan berusia 75 tahun yang mula menerima rawatan pada 23 Februari lepas.

01:20 tengah hari: Polis gesa 300 anggota tabligh Sabah tampil jalani ujian pemeriksaan

Polis menggesa lebih 300 jemaah di Sabah yang dikesan menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini untuk hadir ke hospital bagi menjalani pemeriksaan saringan COVID-19.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, untuk rekod, pihaknya telah diminta untuk mengesan lebih 1,000 jemaah tabligh yang terlibat namun hanya 700 sahaja berjaya dikesan untuk tujuan itu.

01:15 tengah hari: Kerajaan bawa masuk 10 juta topeng muka dari China

Kerajaan akan cuba mendapatkan bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari China, ujar Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof.
Keutamaan bekalan bagaimanapun akan diberikan kepada mereka yang berkhidmat di ‘barisan hadapan’ seperti kakitangan kesihatan, anggota polis dan tentera.

12.30 tengah hari: Sarawak kenal pasti tujuh lokasi panas COVID-19

Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak mengenal pasti tujuh titik panas COVID-19 di negeri ini. Ketua Menteri yang juga Pengerusi majlis itu, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, lokasi panas tersebut ialah Kuching, Serian, Betong, Sarikei, Bintulu, Miri dan Limbang.

11.22 pagi: Masyarakat semakin patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan

Polis Shah Alam berpuashati dengan peningkatan tahap kepatuhan masyarakat dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Tinjauan dan pemeriksaan mendapati keadaan di laluan utama bandar itu lengang daripada kebiasaan.

10.00 pagi: Jangan lagi ke Hospital Umum Sarawak untuk saringan

Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan saringan COVID-19 perlu ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce mulai hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Bilik Operasi COVID-19, Hospital Umum Sarawak menerusi notis pemberitahuan bertarikh 20 Mac 2020.

 

 

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button