Hiburan

‘’Memang dah rosak pun!’’-KJ, buat penampilan kali pertama di short Filem ‘Mak’

BEKAS Menteri kesihatan, Khairi Jamaluddin akui sedang gembira dan fokus dengan kerjayanya kini sebagai seorang selebriti dan tidak bercadang lagi untuk kembali ke politik buat masa kini.

Khairi atau lebih mesra di sapa KJ itu akui dirinya sudah ‘rosak’ apabila ada sesetengah warganet menggelar dirinya begitu sejak menjadi DJ di Hot FM.

‘’Apa yang boleh saya katakan saya tengah enjoy dengan kerjaya saya sekarang jadi tiada apa keperluan untuk saya kembali ke politik buat masa ini’.

‘’Cabang saya masih sebagai seorang public figure, sebagai seorang podcaster, DJ Radio dan menyertai kempen seperti Elrah Exclusif ini tapi ke mana belum tahu lagi

KJ semasa sidang media selepas tayangan filem pendek ‘Mak’ bersama artis tanah air dan pengasas El- Azman

Khairi atau lebih mesra di sapa KJ itu akui dirinya sudah ‘rosak’ apabila ada sesetengah warganet menggelar dirinya begitu sejak menjadi DJ di Hot FM.

‘’Memang sudah rosak pun’’, katanya selepas tayangan Short Filem semalam yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion.

Selain itu KJ juga kini menjadi duta pada satu jenama pakaian baju melayu terkemuka iaitu Elrah Exclusive dan membuat penampilan istimewa di Filem Pendek ‘’Mak’’ berdasarkan kisah benar pengasas jenama itu.

‘’Saya sangat teruja untuk bersama untuk kempen Elrah Exclusif pada tahun ini, saya setuju untuk bersama kerana El Azman (pengasas El Azman) sendiri dan saya melihat beliau seorang usahawan tempatan yang berjaya saya juga suka mertabatkan baju melayu untuk kita biasakan memakai baju melayu bukan sahaja untuk majlis yang rasmi tetapi bila-bila masa.

‘’Dan itu juga menyebabkan saya berada di kempen kali ini dan berkenaan watak filem sebagainya jika ada rezeki ada peluang, Insyallah.

Selain KJ turut berlakon dalam filem pendek itu, menampilkan juga artis tanah air seperti El Azman, yang merupakan pengasas Elrah Exclusive itu sendiri Shahril Hamdan, Beto Kusyairy, Sharaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique, Meerqeen, dan Fadhli Masoot yang merupakan duta-duta jenama Elrah Exclusive pada tahun ini.

Antara barisan pelakon filem pendek ‘Mak’

Filem pendek eksklusif bertajuk “MAK“. Filem pendek tersebut adalah berdasarkan kisah benar pengasasnya, El Azman. Naratif filem yang sangat menyentuh hati ini adalah berkisahkan perjalanan seorang remaja, Hilmi, yang mendambakan belaian dan kasih sayang ibunya. Filem “MAK” ini menjalinkan kisah kerinduan seorang anak dan harapan ibu yang tidak berbelah bahagi. Melalui penceritaan yang menyentuh hati ini, El Azman mengharapkan para penonton dapat merasai kerumitan emosi dalam ikatan kekeluargaan dan kuasa kasi sayang seorang ibu yang kekal abadi.

Pengasas Elra Exclusive, El-Azman

Elrah Exclusive merupakan salah satu jenama yang terkenal dalam fesyen baju melayu lelakila sering mempersembahkan koleksi Baju Melayu dan Kurta yang tersendiri, melambangkan gaya dan keunggulan untuk si pemakai. Ditubuhkan pada tahun 2014 di Bangi Sentral, Elrah Exclusive telah meluaskan jenamanya di seluruh Malaysia, dan kini melebarkan sayapnya Ke pasaran Asia Tenggara. la juga telah menjadikan jenama ini sebagai ‘TOP BRAND’. 

Artikle Berkaitan :>

Elrah Exclusive hiasi papan iklan gergasi sebelah menara TRX, setaraf iklan jenama antarabangsa

Ismail Sabri mempunyai road map jelas keluarkan negara daripada kemelut Covid19 – KJ

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button