Alam SekitarBencana alam

MAIPs terus salur bantuan kepada mangsa ribut

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan terus komited membantu pihak Kerajaan dalam menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut yang berlaku di Negeri Perlis sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Baginda turut merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis yang telah bertungkus lumus mengaturkan lawatan bagi memperolehi data berkaitan mangsa untuk penyaluran bantuan.

Demikian titah Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat meninjau dan seterusnya menyampaikan sumbangan bantuan awal MAIPs kepada sebanyak enam buah keluarga mangsa ribut yang menimpa banyak kawasan di seluruh negeri Perlis sejak sabtu lepas.

Rumah-rumah yang baginda santuni sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke 38 bagi tahun 2022 di sekitar Kg Sungai Padang adalah milik Buso Bakar, Faisol Ayob, Hasnan Sapar, Che Hassan Ramli, Che Olah Ismail dan Tom Othman.

Hadir mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu Mohd Nazim menambah bahawa buat masa ini, MAIPs telahpun menyalurkan bantuan kepada sebanyak 55 orang penerima bagi fasa pertama dan fasa kedua.

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button