Nasional

“ADIWIRA” meriahkan sukan tahunan SMKBB2020

Behrang, 3 Julai 2022 : Menarik dan menggembirakan dengan pelbagai aksi adiwira. Begitu pendekatan yang digunakan oleh pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Bandar Behrang 2020 (SMKBB2020) bagi memeriahkan suasana majlis pelancaran program Sukan Tahunan yang berlangsung semalam.

Mohd Zaidi melancarkan Sukan Tahunan SMKBB2020 dengan menyala arang yang diletakkan di dalam pasu hiasan pokok bunga.

Minggu lalu SMKBB2020 mendapat perhatian orang ramai apabila menghadiahkan seekor kambing jantan bernilai RM1,000 semasa Cabutan Bertuah sempena Mesyuarat Agung ke-12 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Semasa perbarisan sebelum ADUN Slim, Mohd Zaidi Aziz melancarkan program, peserta dari rumah sukan iaitu merah, biru, kuning dan hijau mengenakan kostum adiwira bagi menyertai perbarisan dan beraksi di hadapan hadirin.

Pasukan Rumah Merah mencuit hati hadirin dengan gaya adiwira “Spiderman”

Setiap rumah sukan menampilkan gaya dan pakaian adiwira dengan aksi yang melucukan mencuit hati hadirin.
Peserta Rumah Merah menampilkan konsep adiwira “Spiderman” dengan aksi pertarungan, manakala Rumah Kuning pula berkonsepkan Bumble Bee (Transformers) yang kreatif bertukar kepada sebuah kereta.

Pasukan Rumah Kuning tampil dengan aksi “Transformers”.

Rumah Biru menampilkan konsep adiwira “Hero Amerika” dengan gaya pakaian yang kreatif , manakala Rumah Hijau mengadakan persembahan “Power Rangers”.

Pasukan Rumah Biru membawa gaya “Hero Amerika”

Mohd Zaidi dalam ucapan perasmiannya berharap semua pelajar SMKBB2020 berfikiran kreatif dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

“Pelajar perlu proaktif bukan sahaja dalam mengejar pencapaian akademik, namun dalam aktiviti kokurikulum bagi memantapkan kemahiran insaniah sebelum melangkahkan kaki ke kolej atau universiti,” katanya.

Rumah Hijau dengan konsep “Power Rangers”

Pengetua SMKBB2020, Mohd Sabry Deraman berkata pelajar digalakkan untuk berkreatif dalam melaksanakan setiap aktiviti di sekolah.

“Sepanjang pembelajaran, selain akademik, bakat dan potensi diri juga perlu digilap sehingga cemerlang seperti mewakili sekolah, daerah dan negeri,” katanya.

Sukan Tahunan SMKBB2020 turut dibantu oleh 20 mahasiswa Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). bagi melancarkan perjalanan program.
Hadir sama Yang DiPertua PIBG, Prof Madya Dr Ghazali Din dan Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga Bandar Behrang 2020, Kamarul Bahrain Lasa.

 

(Visited 971 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button