Hiburan

Laman FB ntv7 MandarinNews dikecam padam undian Muhyiddin, Dr. Mahathir

LAMAN Facebook ntv7 MandarinNews dikecam warganet selepas memadam undian yang dibuat berkaitan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Undian yang dibuat dalam bahasa Mandarin itu dipadam selepas beberapa jam dinaikkan di Facebook tersebut yang meminta warganet memilih sama ada Muhyiddin atau Dr. Mahathir akan menang dalam ‘perang politik’ yang sedang berlaku antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Pada awalnya undian berkenaan memihak kepada Dr. Mahathir dengan 70 peratus undi memilih bekas Perdana Menteri itu akan menang dalam krisis politik yang sedang berlaku sekarang.

Bagaimanapun keputusan undian berubah selepas beberapa laman Facebook dan individu berkongsi undian tersebut dan menggesa orang awam yang tidak berbahasa Mandarin untuk turut mengundi.

Hasilnya tidak sampai beberapa jam keputusan kemudian memihak terhadap Muhyiddin dengan lebih 69 peratus memilih Ahli Parlimen Pagoh itu berbanding Ahli Parlimen Langkawi.

Bagaimanapun selepas kemenangan berpihak kepada Muhyiddin undian tersebut telah dipadam daripada Facebook  ntv7 MandarinNews yang sepatutnya tamat dalam tempoh 24 jam. Tindakan pengendali laman tersebut menyebabkan warganet marah dan geram.

Mereka turut melontarkan komen dalam hantaran Facebook tersebut untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengendali Facebook ntv7 MandarinNews yang disifatkan tidak bersikap telus.

“NTV7 mana maruah kamu. Malu wehh,” kritik Ghaib Dollah.

“Kelakar. Lucu lucu punya page. Syok sendiri. delete,” komen Azwan Hussin.

“Siapa admin ni. Pecat dia sebab delete poll tadi,” cadang Mohd Firdaus Mohamad Fadzil.

Where is the poll.. Please be professional ntv7. It suddenly disappear ,” kritik Zulkefli Ayob.-SM

 

 

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button