Nasional

KDN, PDRM buat pemeriksaan mengejut pastikan kilang patuh SOP

KEMENTERIAN Dalam Negeri bersama-sama Polis Diraja Malaysia memperhebatkan pemeriksaan mengejut ke atas beberapa kilang bagi memastikan pematuah prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sebanyak 13,000 pemeriksaan mengejut telah dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan beberapa hari lalu.

Beliau yang turut mengikuti operasi pemeriksaan mengejut di Balakong, Selangor hari ini berpuasa hati kerana syarikat terbabit mematuhi SOP.

“Alhamdulillah. Pemeriksaan KDN dan PDRM terhadap beberapa kilang-kilang lain yang berada di sekitar Balakong mendapati mereka mematuhi SOP dan kebenaran yang diberikan oleh kerajaan untuk beroperasi pada ketika ini.

“Ketika ini, lebih 13,000 pemeriksaan ‘snap check’ dilaksanakan setiap hari oleh tim pematuhan SOP di seluruh negara.

“Operasi ini akan diperhebatkan bagi memastikan semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi mematuhi SOP serta kebenaran yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.-SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button