Nasional

Wanita maut hanya kerana makanan yang disediakan tidak cukup

SEORANG wanita warganegara Myanmar maut selepas dibunuh oleh adik iparnya hanya kerana hal makanan yang disediakan tidak cukup.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di USJ 7, Subang Jaya kira-kira pukul 7 malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang JAYA, Superintenden Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa berusia 45 tahun dan bekerja di sebuah kilang sarung tangan.

“Berdasar siasatan awal, suspek yang juga warga Myanmar yang berusia 42 tahun dan bekerja di kilang sama telah bertengkar dengan isterinya, warga sama yang berusia 33 tahun.

“Suspek telah bertengkar dengan isteri suspek kerana isteri suspek tidak menyediakan makanan yang mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Amihizam, suspek yang berada dalam keadaan mabuk pada masa itu terus mengamuk, menarik rambut dan menumbuk kepala isteri suspek.

Jelasnya, mangsa cuba menenangkan suspek, tetapi suspek terus menikamnya di bahagian balakang badan.

“Mangsa kemudian terus merebahkan diri dan suspek juga telah melarikan diri,” katanya.

Ujarnya, suspek ditahan kira-kira pukul 8 malam dan di lokasi kejadian dan turut dirampas ialah sebulau pisay.

Tambhanya, suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button